BERITAMayat tergantung di pokok positif Covid-19

Mayat tergantung di pokok positif Covid-19

  • 12 anggota polis diarah jalani kuarantin, saringan kesihatan
  • Lelaki tanpa identiti dipercayai warga asing, ditemui tergantung di pokok

MAYAT seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti dan dipercayai warga asing, yang ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya di Kota Kinabalu, Sabah, pada 6 April lepas, didapati positif Covid-19.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua 12 anggota polis yang bertugas mengendalikan mayat berkenaan, sudah diarahkan menjalani saringan kesihatan.

“Semua yang terlibat sudah diarahkan untuk menjalani kuarantin diri di rumah masing-masing. Keputusan ujian saringan itu dijangka siap hari ini. Kita mendoakan semua anggota terlibat selamat daripada jangkitan virus berkenaan,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu, Isnin.

Habibi berkata, kesemua anggota yang bertugas ketika itu telah mengambil langkah-langkah pemakaian selamat, termasuk memakai penutup hidung dan mulut, dan sarung tangan.

Sementara itu, beliau berkata mayat lelaki itu masih belum dituntut, dan setakat ini kes tersebut masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi, 6 April lepas, seorang lelaki tanpa identiti dipercayai warga asing, ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya.

Mayat lelaki itu ditemui penduduk di kawasan bukit di kampung berkenaan, sebelum mereka menghubungi polis.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat, sebelum disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lepas. – Bernama

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami