Covid-19: Aduh..Wakil rakyat Pas potong reben rasmi ruang nyah kuman - pakdin.my

  • Negara sedang menghadapi krisis bencana serangan Virus, jangan lah buat kerja bodoh.
  • Tak tahu nak gelak atau nak sedih dengan Wakil Rakyat yang sebegini
  • Duduk rumah diam-diam dan kalau perlu buat mesyuarat guna tele conferencing dengan pejabat atau agensi.
  • Kalau nak keluar pun biarlah untuk perkara yang benar-benar perlu bukan setakat potong reben

Walaupun kerajaan menghadkan pergerakan di luar rumah dalam usaha mengekang jangkitan Covid-19, seorang wakil rakyat Pas sempat lagi potong reben merasmikan Ruang Nyah Kuman di Pasar Besar Machang semalam.

Gambar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berbuat demikian tular di media sosial.

Rata-rata menganggap acara memotong reben itu tidak perlu malah berbahaya kerana mendedahkan diri dan orang sekitar kepada risiko jangkitan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemahang itu berkata, ruang tersebut disiapkan dalam tempoh tiga hari oleh Unit Kejuruteraan Majlis Daerah Machang.

Mesin khas itu bertujuan untuk mencegah serta membasmi kuman di kawasan tumpuan awam bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak Covid-19 selain memastikan pengunjung dan penjual yang keluar masuk pasar dalam keadaan bersih dari kuman.

UTAMABERITACovid-19: Aduh..Wakil rakyat Pas potong reben rasmi ruang nyah kuman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium