Covid-19: Muar disenarai zon merah ke-27 - pakdin.my

Muar ialah daerah ke-27 yang disenaraikan sebagai zon merah Covid-19 selepas merekodkan 44 kes positif, menurut infografik Kementerian Kesihatan.

“PKP fasa ke-3 bermula hari ini. Penting untuk kita terus duduk rumah dan (mengamalkan) penjarakan sosial untuk putuskan rantaian Covid-19,” tulis KKM di Twitternya hari ini.

Zon merah lain di seluruh negara ialah:

Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang, dan Hulu Selangor (Selangor)

Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur)

Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang dan Muar (Johor)

Hilir Perak dan Kinta (Perak)

Seremban dan Rembau (Negeri Sembilan)

Kota Bharu (Kelantan)

Kuantan dan Jerantut (Pahang)

Jasin dan Melaka Tengah (Melaka)

Putrajaya (Wilayah Persekutuan)

Kuching dan Kota Samarahan (Sarawak)

Tawau (Sabah)

Setakat ini, 82 kematian dan 4,987 kes positif Covid-19 dicatatkan di seluruh negara.

UTAMABERITACovid-19: Muar disenarai zon merah ke-27

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium