China Rampas Lebih 89 Juta Topeng Muka Tidak Berkualiti - pakdin.my

China merampas lebih 89 juta unit topeng muka tidak berkualiti selepas menerima aduan mengenai peralatan perlindungan rosak yang diimport seluruh dunia, menurut kenyataan pegawai kerajaan hari ini.

Permintaan terhadap peralatan perlindungan naik mendadak berikutan negara seluruh dunia sedang bergelut dengan wabak COVID-19 yang sudah membunuh dan menjangkiti sekitar 2.9 juta orang.

Namun, terdapat beberapa negara yang mengeluh kerana topeng muka dan lain-lain produk perubatan yang dieksport oleh China, kebanyakannya untuk kegunaan petugas kesihatan dan kumpulan terdedah, didapati tidak berkualiti.

Timbalan Pengarah Pentadbiran Peraturan Pasaran Negeri, Gan Lin, berkata pihak berkuasa China sudah memeriksa hampir 16 juta perniagaan dan menyita lebih 89 juta topeng muka selain 418,000 alat pelindung, kelmarin.

Tambah beliau, pihak berkuasa turut menyita pembasmi kuman tidak berkesan bernilai lebih 7.6 juta yuan (RM4.8 juta).

Bagaimanapun, tidak jelas berapa jumlah barangan yang tidak berkualiti itu sudah dieksport.

Dalam usaha memastikan produk dihasilkan berkualiti, China mengeluarkan peraturan baharu semalam yang mengkehendaki topeng bukan perubatan mesti memenuhi piawaian kualiti sama ada kebangsaan mahupun antarabangsa.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan negara itu, pengeksport juga mesti memfailkan pengisytiharan bertulis bahawa produk kesihatan mereka memenuhi keperluan keselamatan negara pengimport.

Undang-undang lebih ketat diperkenalkan selepas beberapa negara termasuk Sepanyol, Belanda, Republik Czech dan Turki mendesak penghantaran balik ribuan topeng muka dan alat perlindungan tidak berkualiti yang diimport dari China.

Minggu lalu, Kanada mendedahkan sebanyak satu juta topeng muka yang dibeli dari China gagal memenuhi piawaian untuk penjagaan kesihatan profesional.

Bulan lalu, pegawai kesihatan Belanda memulangkan lebih separuh juta topeng muka buatan China yang sudah dihantar ke hospital negara itu, berikutan aduan topeng berkenaan tidak menutup wajah dengan betul atau penapisnya rosak.

China menghasilkan lebih 116 juta topeng muka setiap hari dan menurut pegawai Kementerian Perdagangan negara itu, Li Xingqian, setakat ini republik itu mengeksport lebih satu bilion topeng muka pada tahun ini.

Jelas beliau, China juga menandatangani kontrak untuk mengeksport barangan kesihatan bernilai AS$1.41 bilion (RM6.15 bilion) ke 74 negara dan enam organisasi antarabangsa.

Berdasarkan data perniagaan di pentas Tianyancha, dalam tempoh dua bulan pertama, 8,950 pengilang baharu mula menghasilkan topeng muka di China.

Pegawai kastam China, Jin Hai, berkata walaupun seluruh negara terjejas, perniagaan penghasilan peralatan kesihatan haram terus maju berikutan ia cara mudah menjana wang segera.

Lebih 31.6 juta topeng muka rosak dan 509,000 pakaian pelindung yang disasar untuk dieksport dirampas oleh pihak berkuasa pelabuhan pada tengah bulan ini.

UTAMADUNIAChina Rampas Lebih 89 Juta Topeng Muka Tidak Berkualiti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium