GAYA HIDUPUgut siar gambar bogel, Roslan Shah kata kes lama

Ugut siar gambar bogel, Roslan Shah kata kes lama

Pengacara dan pelakon Roslan Shah tidak akan berdiam diri selepas ada pihak mahu menyiarkan foto bogelnya.

Roslan berkata, foto berkenaan adalah kisah lama dan merupakan satu penganiayaan daripada rakannya sendiri.

“Kepada Bani Uzair kalau kau keluarkan gambar bogel itu Cik Lan akan bertindak ya.

“Itu adalah cerita lama dua tahun yang lalu. Masa tu Cik Lan dianiaya oleh kawan Cik Lan sendiri dan disebarkan ke media sosial.

“Kejadian itu semasa Cik Lan mahu keluar dari bilik tandas di hotel tanpa pakaian dua tahun yang lalu,” katanya di Instagram, hari ini.

Terdahulu, Roslan berkata pendedahan pihak berkenaan tidak wajar di saat umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan.

“Tak perlu kau kata kau ada gambar bogel aku dan kau akan hantar gambar bogel tersebut ya. Tak baik di bulan Ramadan kau nak memalukan dan nak aibkan Cik Lan.

“Cukuplah sekarang Allah bagi kita semua ujian Covid-19 tetapi niat kau nak memalukan aku lagi ya,” katanya lagi.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Wawa, Aeril menjadi artis Malaysia pembayar zakat tertinggi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami