[Video] Datuk Seri Ismail Sabri tinjau penghantaran pulang pelajar Universiti Malaya - pakdin.my

  • Alhamdulillah. DSIS meninjau sendiri proses penghantaran pulang pelajar IPT ke kampung halaman masing-masing di Universiti Malaya malam tadi.
  • Semuanya berjalan lancar dan semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta.

…..

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau situasi di Universiti Malaya (UM).

Seramai 790 orang pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berlepas dari sembilan pusat pelepasan yang terdiri daripada IPT di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk pulang ke kampung halaman malam ini.

Penghantaran pelajar malam ini merupakan penghantaran yang pertama di seluruh negara.

Selain UM, lapan lagi pusat pelepasan tersebut ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Teknologi Malaysia cawangan Kuala Lumpur (UTM KL), Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Kuala Lumpur (USIM KL) dan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

UTAMABERITA Datuk Seri Ismail Sabri tinjau penghantaran pulang pelajar Universiti Malaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium