Penghantar makanan cedera di belasah oleh pengawal keselamatan menggunakan rantai besi - pakdin.my

  • Kejadian petang semalam sebelum berbuka puasa, penghantar makanan FoodPanda di belasah oleh pengawal keselamatan semasa membuat penghantaran di Trefoil, Setia Alam.
  • Dipukul menggunakan rantai besi dengan mangga kunci
  • Mangsa oleh rakan-rakan FoodPanda dan GrabFood yang kebetulan menghantar makanan di lokasi sama.

Petikan dari hantaran yang menjadi tular di Facebook:

Assalamualaikum.

Terim kasih pada brader2 goodpanda dgn grabfood yang bantu kawan saya dari dibantai lagi teruk betul2 sebelum berbuka ptg tadi. Bukti gambar pun jelas ada tambahan gambar dari saya yang dua terakhir. Kawan saya dah dlm perjalanan ke hospital utk dapatkan rawatan.

KRONOLOGI:

-Kawan saya nak hantar last trip delivery ke Trefoil Setia Alam jam 7.15 sebelum berbuka. Guard mulanya tak bagi parking, walhal customer dah tunggu utk pickup. Kawan saya lepas hantar terus naik motor takde provoke atau cakap apa yang tak elok. Tapi guard tu tak semena-mena terus jerit ke arah dia. Ada cubaan nak merantai motor kawan saya sebelum tu.

-Masa dia jerit tu, terus dia datang dan bantai kawan saya yang atas motor ni dgn rantai besi dan mangga bertalu2. Kawan saya pun tumbuk utk pertahankan diri. Guard tu terus gigit dada kawan saya (berbekas dah macam love bite member tu). Syukur ada brader2 foodpanda dgn grabfood masa kejadian yang tlg leraikan dan ambik gambar bukti. Boleh refer gambar utk laporan polis yang dah dibuat.

Memang tak patut kawan saya dibuat macam ni. Member tu niat nak mencari rezeki sejak mulanya PKP ni utk keluarga dia. Kita yang warganegara ni pun kalau nak bergaduh dgn orang bukan senang2. Ni yang bukan warganegara pulak senang2 pukul orang. Punya banyak bersabar brader2 delivery makanan ni kadang2 sampai diperli masa nak hantar makanan dgn guard2 bukan warganegara ni.

PERINGATAN utk kawan2 penghantar makanan kat luar sana utk berhati2 terutama sekali di Trefoil Setia Alam. Perit nak hadap bahaya atas jalan lagi dgn bahaya yang macam ni lagi.

UTAMABERITAPenghantar makanan cedera di belasah oleh pengawal keselamatan menggunakan rantai besi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium