BERITAPelakon Patrick Teoh ditahan atas tuduhan hina TMJ

Pelakon Patrick Teoh ditahan atas tuduhan hina TMJ

Selebriti Patrick Teoh ditahan atas tuduhan menghina Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Penangkapan itu disahkan oleh peguam Teoh, Datuk Seri Rajan Navaratnam, lapor The Star.

“Dia dijangka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Baru Selatan malam ini (9 Mei) untuk direman esok (10 Mei),” Rajan dipetik berkata.

Menurut Rajan, Teoh didakwa berkongsi semula video lama Tunku Ismail bersama beberapa individu lain memakai pakaian tentera dan mengendalikan senjata api seperti yang tersiar tahun lalu.

Pelakon dan personaliti radio itu juga didakwa menyiarkan kata-kata tidak sopan ketika berkongsi video tersebut dalam catatan yang telah dipadamkan melalui laman Facebooknya pada Khamis lalu.

Teoh juga dilaporkan dipanggil ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Petaling Jaya untuk diambil keterangan. Komputer riba miliknya juga disita.

Menurut Rajan, polis memanggil Teoh setelah laporan polis dibuat terhadapnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyalahgunaan rangkaian.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Selepas Kemelut PH 1.0 2018-2020, Johor Kembali ke Landasan Tepat – Pemangku Sultan Johor

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami