BERITAGambar lama kereta Myvi Masuk Rel Kereta Api tular semula

Gambar lama kereta Myvi Masuk Rel Kereta Api tular semula

Sedang tular di media sosial sekeping gambar menunjukkan sebuah Perodua Myvi putih atas landasan kereta api yang mengundang pelbagai komen lucu dan sinis.

Gambar tersebut dikaitkan dengan PKP yang kononnya kereta tersebut hendah balik ke kampung merentas negeri. Hendak mengelak sekatan jalan raya, pemandu menggunakan landasan keretapi.

Cerita sebenar gambar tersebut sebenarnya berlaku pada 19 Mei 2019.dan memetik laporan Berita Harian, kereta tersebut dipandu seorang lelaki dari arah Bagan sebelum terbabas memasuki rel kereta api pelabuhan di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU). Difahamkan lelaki berkenaan mabuk hingga tidak dapat mengecam antara  pengadang plaza tol dengan pengadang timbangan lori di pelabuhan tersebut.

Bagaimanapun lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan dapat keluar sendiri dari keretanya tanpa bantuan orang lain. Tiada kerosakan berlaku pada rel kereta api dan insiden pelik tapi benar itu hanya dilaporkan kepada pasukan polis pelabuhan dan tiada tindakan lanjut diambil ke atas pemandu terbabit.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami