Perlu ada undang-undang bendung kutipan derma palsu di internet, kata peguam - pakdin.my

Seorang peguam menggesa supaya undang-undang digubal bagi mengawal kutipan dana secara atas talian bagi membendung penipu mempergunakan sikap pemurah penderma.

A Srimurugan berkata, undang-undang sedia ada hanya terpakai ke atas kutipan derma langsung, bukannya aktiviti seperti derma dan pendanaan khalayak.

“Di bawah Akta Pungutan Derma Rumah ke Rumah dan Jalan 1947, individu yang mengutip derma di jalan, tempat awam atau premis perniagaan hendaklah mendapat lesen daripada polis.

“Mana-mana orang yang melanggar peruntukan akta terbabit boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000, penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun kutipan derma secara atas talian tidak memerlukan lesen atau surat kebenaran, katanya.

Baru-baru ini, polis menahan seorang posmen yang membuat hantaran tular mengenai rintihannya tidak mendapat bonus Aidilfitri.

Beliau kemudiannya ditahan kerana membuat kutipan derma tidak sah melalui media sosial.

Srimurugan berkata, walaupun pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia masih boleh mengambil tindakan ke atas individu terbabit di bawah Kanun Kesiksaan kerana menipu, namun undang-undang khusus perlu digubal.

“Tanpa undang-undang bagi mengawal kutipan derma atas talian, maka tidak ada ketelusan mengenai ke mana wang itu disalurkan dan sama ada ia diterima oleh orang yang dimaksudkan,” katanya.

Beliau mencadangkan supaya resit dikeluarkan bagi semua derma atas talian “bagi membendung penipuan dan mengesahkan akauntibiliti individu yang mengutip derma sedemikian.”

Katanya, resit juga boleh digunakan untuk tujuan potongan cukai.

“Selain itu, ia juga penting untuk pengurusan derma dan merekodkan bagaimana ia (derma) digunakan,” katanya.

Srimurugan mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak mudah terpedaya dengan penipu yang menjaja cerita sedih untuk memenanngi simpati penderma.

UTAMABERITAPerlu ada undang-undang bendung kutipan derma palsu di internet, kata peguam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium