5 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital - pakdin.my

Lima pesakit koronavirus mati dalam kebakaran di sebuah hospital di Dhaka.

Punca kebakaran masih belum diketahui, kata Pengarah Perkhidmatan Bomba, Zillur Rahman.

Bagaimanapun, difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan litar pintas, kemungkinan disebabkan cuaca buruk yang melanda Dhaka.

Katanya, pasukan bomba berjaya mengawal api dalam masa satu jam.

Lima mayat ditemui dari dalam wad pengasingan sementara United Hospital yang merawat pesakit Covid-19, kata Rahman.

Wad tersebut ditempatkan di luar bangunan utama hospital berkenaan.

Mangsa-mangsa termasuk empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 45 hingga 75 tahun, katanya.

UTAMADUNIA5 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium