Semua 26 Pati positif Covid-19 dipindahkan ke Maeps selepas lelaki Bangladesh bergari lari dari wad Hospital Sungai Buloh pagi Sabtu  - pakdin.my

SERAMAI 26 pendatang asing tanpa izin (Pati) positif Covid-19 yang ditempatkan di Hopsital Sungai Buloh akan dipindahkan ke pusat rawatan di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor.

Ia berikutan seorang warga Bangladesh yang lolos dari hospital berkenaan pada pagi Sabtu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham, warga asing tanpa dokumen itu bagaimanapun sudah ditangkap atas tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Imigresen.

“Ada 26 Pati positif di Hospital Sungai Buloh. Apabila dimasukkan ke hospital mereka akan diiringi pegawai Imigresen dan digari.

“Bagaimanapun, lelaki Bangladesh berusia 26 tahun ini berjaya melarikan diri dan ia disedari pagi ini oleh jururawat.

“Kita dah ambil tindakan dan berjaya menjejakinya. Dia sudah kembali ke wad. Sekarang kita sedang siasat bagaimana dia boleh lari sedangkan dia digari,” ujarnya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, pihaknya membuat keputusan untuk memindahkan mereka ke Maeps berikutan kawalan keselamatan yang lebih ketat di sana memandangkan ia sudah dijadikan pusat kuarantin dan rawatan warga asing.

“Harapanya dengan berbuat demikian kita dapat meningkatkan tahap keselamatan di Maeps dan memastikan rawatan yang bagus kepada mereka.

“Ini merupakan kebimbangan kita apabila menggunakan hospital dan fasiliti lain untuk menempatkan Pati,” katanya lagi.

UTAMABERITASemua 26 Pati positif Covid-19 dipindahkan ke Maeps selepas lelaki Bangladesh bergari...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium