#PRKChini : Anak Najib Dalam Senarai Pendek Calon BN - pakdin.my

  • Mohd Nizar menjadi ahli Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa pada tahun 2009.
  • Bendahari Pemuda UMNO bahagian Titiwangsa bagi penggal 2013-2018
  • Menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan, dalam pemilihan Umno pada pertengahan 2018

UMNO Pahang meletakkan anak bekas perdana menteri Najib Razak, Mohd Nizar Najib sebagai antara calon untuk pertimbangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi DUN Chini yang akan datang.

Menurut sumber parti, Nizar merupakan antara nama pilihan yang disenarai pendek untuk dijadikan calon pada PRK yang dijadualkan berlangsung pada 4 Julai 2020 akan datang.

Mohd Nizar Najib, 42, sebelum ini menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan, dalam pemilihan Umno pada pertengahan 2018 yang lepas.

Mohd Nizar mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di St John’s Institution di Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pelajaran Tingkatan Empat dan Lima di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Beliau kemudianya mendapat ijazah Sarjana Muda Ekonomi Industri dari University of Nottingham.

Dalam politik, Mohd Nizar menjadi ahli Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa pada tahun 2009. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Bendahari Pemuda UMNO bahagian Titiwangsa bagi penggal 2013-2018.

Pengalaman ini telah banyak membentuk kerjaya politik beliau menjadi antara pemimpin muda Pahang yang disegani dan dihormati ketika ini.

Selain Nizar, Mohd Shahrim Md Zain juga merupakan nama yang disebut-sebut dalam pertimbangan untuk diletakkan sebagai calon pada PRK itu. Mohd Shahrim merupakan Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Pekan.

Sementara itu, penganalisis politik, Ab Jalil Backer berpendapat, pencalonan Mohd Nizar tidak sepatutnya menjadi isu nepotisme kerana Mohd Najib tidak lagi memegang apa-apa jawatan penting dalam UMNO Pusat.

“Kita juga kena berlaku adil kepada Mohd Nizar yang telah lama menyumbang bakti di Pekan, Pahang, namun hanya membuat keputusan untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan setelah bapanya bukan lagi pemegang jawatan utama dalam kerajaan dan parti.

Menurut Ab Jalil, Mohd Nizar merupakan Ketua Pemuda yang menang bertanding ketika bapanya berhadapan pelbagai kesukaran politik 2018. Beliau tidak memegang jawatan bertanding ketika bapanya di puncak kuasa, sebaliknya menang atas usaha sendiri selepas Mohd Najib melepaskan jawatan Presiden UMNO pada 2018.

“Rekod Mohd Nizar juga mempunyai rekod perkhidmatan yang lama dalam Pemuda UMNO. Beliau sebelum ini merupakan Bendahari Pemuda Titiwangsa sejak 2013-2018 di bawah kepimpinan Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin. Justeru nama beliau patut dipertimbangkan tanpa prejudis hanya kerana beliau anak Najib Razak.” – SUARA TV

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKChini : Anak Najib Dalam Senarai Pendek Calon BN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium