BERITAPOLITIKPertemuan dengan Tun M cadang kerajaan tanpa DAP, Anwar - Ahmad Zahid

Pertemuan dengan Tun M cadang kerajaan tanpa DAP, Anwar – Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kertas yang dibaca oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam gambar tular di media sosial adalah dokumen akuan bersumpah (SD) dan bukannya dokumen mahkamah.

Jelasnya, SD itu dibawa oleh presiden-presiden parti yang hadir.

“Saya hadir membawa mandat ahli dan pimpinan UMNO, tidak lebih daripada itu.

”Adakah dalam perjumpaan seramai itu akan dibincang hal peribadi sedangkan isu utama adalah mengenai perubahan kerajaan?

“Baru sahaja kita berpuasa sebulan tapi fitnah sudah menguasai kembali,” kata Presiden UMNO itu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab fitnah yang dilemparkan kononnya Ahmad Zahid telah membawa dokumen untuk ditunjukkan untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

Gambar tersebut didakwa diambil pada 23 Februari lalu selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi.

Menjawab tuduhan tersebut, Ahmad Zahid berkata, hanya mereka yang tidak mahu berfikir akan percaya fitnah-fitnah yang dilemparkan.

Ahmad Zahid Hamidi mengaku gambar yang tular di media sosial adalah pertemuan presiden parti-parti politik bersama Dr Mahathir.

Katanya, pertemuan dengan Dr Mahathir bertujuan mencadangkan penubuhan Kerajaan Perpaduan tanpa DAP, Parti Keadilan Rakyat (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Parti Amanah Negara.

Menurut beliau, pertemuan itu adalah titik persamaan persetujuan bagi memulakan perbincangan.

Namun sokongan penubuhan kerajaan itu ditarik balik apabila Dr Mahathir mencadangkan pula penubuhan Kerajaan Perpaduan semua parti, sekali gus melanggar persetujuan awal.

Kelmarin Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Rafii memuatnaik gambar yang didakwa pertemuan beberapa pemimpin parti yang menemui Dr Mahathir semasa krisis politik di negara ini.

Menurutnya, dalam gambar itu Mahathir dikatakan sedang meneliti senarai nama cadangan Kabinet baharu tanpa penyertaan DAP. – MalaysiaGazette


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157433713803247&id=561343246

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami