Penerimaan borang BR1M dilanjutkan sehingga 10 Februari - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selama sebulan iaitu sehingga 10 Februari depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh berkenaan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata sejumlah 4,123,713 borang BR1M sudah diterima dari seluruh negara sehingga 10 Januari.

Daripada jumlah itu, katanya, 3,850,668 borang sudah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.

Sehingga 10 Januari, juga, 3,102,054 permohonan sudah diluluskan.

Ahmad Husni berkata, baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Januari ini.

“Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat,” katanya.
Kementerian Kewangan menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh didapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).

———————————————–

Dan ini satu lagi “hadiah’ kerajaan kepada rakyat seperti yang diumumkan pada Bajet 2012 yang akan sampai kepada golongan sasaran

3.1 juta permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia diluluskan setakat 10 Januari, berbanding 4.1 juta permohonan diterima.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui pos.

Manakala pembayaran 500 ringgit dalam bentuk baucar tunai, mula diagih 15 Januari ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan berkata tempoh penyerahan baucar berjalan selama dua bulan, sehingga 15 Mac.

Status permohonan boleh disemak dengan menghubungi talian hotline, mulai 16 Januari, dari 9.00 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Bagi memudahkan orang ramai di luar bandar menunaikan baucar, kerajaan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank.

Tempoh sah baucer, sehingga 15 April 2012.

Menurut Datuk Seri Ahmad Husni, sehingga 10 Januari 4 juta 123 ribu 713 borang BR1M diterima dari seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 3 juta 102 ribu 54 diluluskan.

Bakinya masih diproses dan dijangka selesai esok.

Bagi pemohon yang lewat menyerahkan borang, kerajaan memberi tempoh satu bulan sehingga 10 Februari untuk berbuat demikian.

Pemohon yang gagal, boleh merayu menggunakan format khas yang boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri atau muat turun dari laman web Kementerian Kewangan

UTAMABERITAPenerimaan borang BR1M dilanjutkan sehingga 10 Februari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium