BERITABR1M: Usah terpedaya dakyah pembangkang

BR1M: Usah terpedaya dakyah pembangkang

“Berapa ramai rakyat negara ini yang membayar cukai? Sebahagian besar tidak layak pun membayar cukai. Daripada 27 juta rakyat, hanya satu juta sahaja yang membayar cukai,”

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan dakyah parti Pas bahawa kerajaan akan menaikkan cukai pendapatan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) setelah menyalur peruntukan dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan tersebut merupakan satu pembohongan daripada pembangkang bagi menakutkan orang ramai.

“Berapa ramai rakyat negara ini yang membayar cukai? Sebahagian besar tidak layak pun membayar cukai. Daripada 27 juta rakyat, hanya satu juta sahaja yang membayar cukai,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan BR1M zon Gersik/Kundang Ulu di sini, hari ini.

Beliau berkata, parti pembangkang kini gusar dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu meringankan beban rakyat pada masa ini.

“Dia (Pas) tahu rakyat yakin dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan BN sehingga sanggup membuat dosa kering,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan BN tidak berniat menyusahkan rakyat, sebaliknya berniat menolong rakyat.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami