BERITAYang di-Pertuan Agong dan Permaisuri menyantuni golongan memerlukan

Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri menyantuni golongan memerlukan

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong hari ini mengenepikan protokol berangkat menyantuni golongan yang memerlukan di Kuantan, Pahang.

Seri Paduka Baginda berdua berkenan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Tuan Azmi Tuan Hassan di Kampung Bukit Kuin 2, Jalan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada dua lagi keluarga di Kampung Pasir Kemudi, Jalan Sungai Lembing dan Kampung Bukit Kuin 1, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua mencerminkan keperibadian tinggi dan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua terhadap kebajikan golongan-golongan yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka.

Daulat Tuanku.

Reposted from @istana_negara

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami