Saingan 3 penjuru di PRK Chini - pakdin.my

AKHIRNYA terjawab siapakah calon-calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini.

PRK yang pertama kali dengan kebiasaan baharu berikutan pandemik Covid-19 itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Ia melibatkan pertandingan antara Mohd Sharim Md Zain, 41, yang mewakili BN, dan ahli perniagaan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli, 49 tahun.

Pengumuman senarai calon yang bertanding dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Zaliza Zulkipli kira-kira 10.30 pagi Sabtu, selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan dekat sini ditutup pukul 10 pagi.

“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan itu dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan,” katanya ketika mengumumkan nama-nama calon pada pagi Sabtu. – Bernama

UTAMAPILIHAN RAYASaingan 3 penjuru di PRK Chini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium