Monday, July 15, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

#PrkDUNChini: Calon Bebas ‘menjerit’ pun suara tak sampai tapi BN ‘bisik’ sahaja selesai – Ahmad Maslan - pakdin.my

Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini diseru memilih Barisan Nasional (BN) kerana sudah terbukti BN mampu menyelesaikan permasalahan rakyat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ini kerana suara calon BN mempunyai dua kerajaan yang mendokong di belakangnya iaitu kerajaan Negeri Pahang dan kerajaan pusat berbanding suara calon bebas yang tidak berkesan kerana tiada kerajaan di belakangnya.

“Kalau dia (calon bebas) ‘menjerit’ pun suara tidak akan sampai ke mana. Kalau calon BN tak perlu menjerit, bisik sahaja suara rakyat sudah sampai. Itu kelebihan kerajaan BN yang didokong oleh kerajaan Negeri Pahang dan juga kerajaan Perikatan Nasional (PN) di pusat.

“Sebagai contoh apabila saya melihat sendiri di hadapan mata bagaimana kerajaan pusat dan kerajaan negeri membuat bantuan apabila menyelesaikan masalah air ketika musim kemarau dengan mewujudkan pusat tadahan air di sebelah Sungai Mentiga.

“Apabila Menteri Besar Pahang selaku kerajaan negeri bertanyakan kepada pihak yang berkaitan iaitu Felda, kalau hanya sebelas hari takungan air musim kemarau ia tidak akan menyelesaikan masalah air kerana kemarau lebih kurang 20 hari. Masa tu Datuk Seri Najib, Pengerusi Felda dan Menteri Besar pun ada. Jadi Pengerusi Felda mewakili kerajaan pusat, kerajaan negeri diwakili Menteri Besar Pahang bersetuju menambah lagi RM10 juta peruntukan daripada RM18 juta yang ada,” kata Ahli Parlimen Pontian itu kepada UMNO Online.

Dengan lain perkataan jelasnya, hanya dengan satu soalan dan satu jawapan masalah rakyat boleh diselesaikan dengan cepat dan mudah apabila melibatkan dua kerajaan yang sama mentadbir.

“Ini satu contoh yang amat jelas. Ia tidak akan berlaku di bawah calon bebas yang tidak ada mana-mana kerajaan di belakangnya,” tegasnya lagi.

Faktor lain calon BN, Mohd Sharim Md Zain harus diberi peluang kerana beliau mewarisi generasi Felda di mana Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun, bekas ADUN Chini juga berasal dari peneroka Felda, jelas Ahmad yang mesra dengan panggilan Tok Mat Maslan.

“Satu lagi kelebihan calon kita ialah kerana ia mewakili generasi Felda. Sebelum ini sudah tiga penggal oleh peneroka Felda. Sekarang ini tiba giliran generasi kedua Felda mengambil alih.

“Dan kita tahu daripada 20,990 pengundi di DUN Chini, 82 peratus adalah warga Felda. Dengan tepatnya kita memilih anak peneroka untuk menjadi calon di dalam pilihan raya ini,” ujarnya.

Begitu juga tambahnya Mohd Sharim seorang anak muda yang mempunyai tenaga yang masih kental, visi yang cukup jelas dan berhasrat tinggi mengangkat suara generasi muda.

Mohd Sharim, 41, generasi kedua Felda Chini 3 merupakan Naib Presiden Majlis Belia Pahang dan Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan selain Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Felda Chini 3 Berkat.

Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Duta TN50 Felda Wilayah Kuantan. – UMNO ONLINE

https://pakdin.my/tag/prk-dun-chini

[VIDEO] BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap – Zambry

Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, telah membuat persiapan awal bagi membantu menggerakkan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

[VIDEO] Pang mula tugas wakil rakyat – santuni masyarakat KKB

Beliau meluangkan masa hampir setengah jam bertemu penduduk bagi menyampaikan penghargaan dan memberikan kuntuman bunga sempena Hari Ibu kepada golongan wanita yang berada di pasar berkenaan.

PRK KKB: Kekal milik PH, Pang menang majoriti 3,869 undi

Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB)

Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB – Mugilaan

Beliau berkata pemilihan Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan juga akan memberi kelebihan kepada pengundi di kawasan itu

[VIDEO] PRK KKB: Calon PH, Pang Sock Tao ziarah keluarga mangsa lemas Batang Kali

Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao bergegas ke hospital berkenaan selepas menerima berita sedih itu yang mengorbankan seorang bapa dan dua anaknya berusia enam dan sembilan tahun.

PRK KKB: 863 polis, tentera dan pasangan undi awal esok

Seramai 625 anggota polis, 238 orang tentera dan pasangan akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok 7 Mei 2024.

Fasilitator Malaysia yang baharu dilantik untuk rundingan damai selatan Thailand

Kerajaan Malaysia telah melantik fasilitator baharu untuk proses damai di selatan Thailand. Ini berlaku di tengah-tengah gesaan mendesak untuk penilaian semula pelan hala tuju keamanan berikutan lonjakan keganasan yang telah menghancurkan keyakinan orang ramai.

[VIDEO] Bom kereta di flat polis Bannag Sata ‘melemahkan rundingan damai’

Seorang ahli akademik di Yala telah mengkritik apa yang dikatakannya sebagai kemajuan yang lembap dalam rundingan damai di Selatan Selatan berikutan letupan bom kereta di luar rumah pangsa polis di wilayah sempadan selatan ini pada 30 Jun 2024.

[VIDEO] Bom kereta meletup berhampiran flat polis di Bannang Sata

Bom kereta meletup berhampiran flat polis di Bannang Sata, Wilayah Yala, Selatan Thailand menyebabkan 16 orang cedera dan seorang maut.

[VIDEO] 18 rumah musnah terbakar di Kuala Abai, Kota Belud

KOTA BELUD: Lebih 200 penduduk membabitkan 42 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas 18 rumah di Kampung Kuala Abai, di sini, terbakar.

[VIDEO] Lombong emas haram di Sulawesi: Belasan maut akibat tanah runtuh

Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan meninggal dunia dan 18 lagi dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong emas haram di Pulau Sulawesi, susulan hujan lebat pada 7 Julai.

[VIDEO] Sindiket pelacuran warga asing tumpas, 75 individu ditahan di lapan lokasi

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran warga asing dalam satu Operasi Khas pada 4 Julai 2024 di lapan lokasi berasingan

[VIDEO] Kebakaran besar di Chinatown

Kebakaran yang melanda komuniti yang sesak di Yaowarat, Chinatown Bangkok, berjaya dikawal lewat malam Sabtu. Tiada kematian tetapi 30 orang mengalami kecederaan memerlukan rawatan perubatan.

Starmer menjadi perdana menteri UK yang baharu selepas Parti Buruh memenangi majoriti besar

“Kuasa hari ini akan bertukar tangan dengan cara yang aman dan teratur, dengan muhibah di semua pihak," kata Sunak. "Terdapat banyak yang perlu dipelajari dan direnungkan dan saya bertanggungjawab atas kekalahan ramai calon Konservatif yang bekerja keras... saya minta maaf."

FDA Thailand memberi amaran bahaya suplemen mati pucuk

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA)Thailand telah memberi amaran kepada pengguna bahawa suplemen pemakanan yang mendakwa membantu lelaki yang mengalami masalah ereksi mengandungi dadah yang memerlukan preskripsi doktor untuk mendaptkannya yang boleh memberi kesan sampingan yang serius.

Kemboja kini mempunyai versi WhatsApp sendiri, pengkritik bimbang digunakan untuk pengawasan

Pemimpin utama Kemboja, Hun Sen memberikan keutamaan terhadap aplikasi pemesejan tempatan yang baharu, yang menurut pengkritik adalah cara untuk kerajaan memantau dan menjejaskan perbincangan politik di negara itu.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: