BERITAAhli perniagaan bergelar Datuk Seri diculik dan dibunuh

Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri diculik dan dibunuh

Mayat seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang menjadi mangsa culik ditemukan dalam kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya, dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad, berkata mayat lelaki berusia 55 tahun itu ditemukan kira-kira jam 9 pagi ini.

Menurutnya, mangsa sebelum ini dilaporkan diculik ketika berjoging di taman permainan, Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10 Jun lalu.

“Mangsa diculik kira-kira jam 10.30 pagi pada hari kejadian,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Menurutnya, mangsa diculik untuk tebusan.

Ketika berita ini ditulis, tinjauan Bernama mendapati pasukan penyiasat masih berada di lokasi kejadian bagi mendapatkan sebarang petunjuk dan maklumat tambahan berkaitan kes tersebut.

— BERNAMA

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami