BERITA7 pulang dari luar negara positif COVID-19

7 pulang dari luar negara positif COVID-19

Tujuh daripada 1,171 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta KLIA2, semalam, dibawa ke hospital selepas didapati positif COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keseluruhan rakyat Malaysia terbabit tiba dari pelbagai negara, iaitu Indonesia, Singapura, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, China, Pakistan, Brunei, Hong Kong, Vietnam, Arab Saudi, Australia dan Filipina.

“Daripada jumlah itu, 1,164 individu diperintah menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka, manakala tujuh lagi dibawa ke hospital.

“Dari 10 Jun hingga 3 Julai lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah membuat saringan terhadap 10,278 individu di pintu masuk KLIA. Daripada jumlah itu, 10,231 individu didapati negatif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

BACA juga: 4 warga asing dihantar pulang ke negara asal langgar peraturan kuarantin

“Seramai 47 individu lagi didapati positif dan dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melaksanakan 944 pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terhadap individu kuarantin di rumah dan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP ditetapkan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami