Covid-19: 10 lagi kes positif, 7 jangkitan dari Arab Saudi - pakdin.my

MALAYSIA merekodkan 10 kes positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 8,688 kes setakat Sabtu.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada 10 kes tersebut, tujuh merupakan kes import membabitkan mereka yang pulang dari Arab Saudi manakala selebihnya merupakan kes penularan tempatan.

Dimaklumkan tiada kes kematian terbaharu direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kematian sahaja.

BACA juga: 7 pulang dari luar negara positif COVID-19

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 121 kes,” ujar kenyataan itu.

Sehingga hari ini, 15 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,461 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan kedua-duanya memerlukan bantuan pernafasan.

UTAMABERITACovid-19: 10 lagi kes positif, 7 jangkitan dari Arab Saudi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium