UtamaPOLITIKPILIHAN RAYABN masih relevan menang...

BN masih relevan menang PRK Chini, kata Zahid - pakdin.my

Kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaru di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam tadi membuktikan Barisan Nasional (BN) masih relevan dan diterima oleh rakyat.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata lambang dacing (BN) tidak lagi diterima rakyat terbukti tidak benar.

“Saya yakin enam PKR ini (selepas Pilihan Raya Umum ke-14) jelas memberikan suatu bukti bahawa BN bukan sahaja masih relevan tetapi mempunyai masa depan cerah jika parti komponen serta sokongan Muafakat Nasional dapat membawa kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Apatah lagi sekarang kita menyokong Perikatan Nasional. Kombinasi ini juga menyumbang kejayaan (kemenangan) selain pengundi Chini sendiri mahu kesinambungan perkhidmatan BN,” kata presiden Umno itu kepada pemberita selepas pengumuman rasmi keputusan PRK Chini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, dekat sini, malam tadi.

BN sebelum ini menang PRK Parlimen Cameron Highlands, DUN Semenyih, DUN Rantau, Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Kimanis.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan, yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata walaupun berhadapan dengan dua calon Bebas, namun jentera Muafakat Nasional tidak memandang ringan tentang saingan itu.

“Kemenangan ini menunjukkan BN dan Muafakat Nasional mendapat sokongan kukuh dalam kalangan pengundi sehingga dua calon Bebas hilang deposit.

“Saya anggap ini kemenangan ini sebagai kemenangan pengundi DUN Chini kerana mereka inginkan wakil rakyat yang boleh berkhidmat dan teruskan pembangunan di kawasan mereka selain mahu masa depan yang lebih baik dan terjamin,” katanya.

PRK DUN Chini menyaksikan calon BN Mohd Sharim Md Zain, 41, menang dengan majoriti 12,650 selepas memperoleh undi 13,872. Pencabarnya iaitu dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, meraih 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, hanya mendapat 137 undi, menyebabkan kedua-duanya hilang deposit.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan formula calon muda yang diketengahkan membuahkan hasil dengan majoriti besar yang diperoleh oleh BN.

Katanya selain faktor calon muda, Mohd Sharim sudah dikenali oleh segelintir besar penduduk DUN Chini kerana aktif dalam pelbagai persatuan belia selain kerap membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebelum itu, Allahyarham Abu Bakar Harun.

“Tapi sudah pasti kita sendiri mahu mengetengahkan calon muda untuk menjadi pelapis kepada perjuangan parti.

“Selain itu, faktor pengundi muda yang berusia antara 21 hingga 39 tahun lebih 55 peratus di DUN Chini menjadikan beliau calon yang tepat,” katanya.

Selain itu, Wan Rosdy juga menyifatkan kerjasama jentera BN yang turut disokong oleh PAS berdasarkan semangat Muafakat Nasional dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas kerjasama Perikatan Nasional sebagai faktor utama kemenangan Mohd Sharim.

PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian Abu Bakar, 60, pada 7 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) pada 2004.

Sokongan PAS itu boleh dilihat apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim, yang tewas kepada Abu Bakar pada PRU14, menjadi penyokong kepada Mohd Sharim pada hari penamaan calon 20 Jun lepas.

Mohd Fadhil Noor berkata sokongan PAS adalah keputusan pimpinan parti itu supaya akar umbi menyokong calon BN menerusi kerjasama dalam Muafakat Nasional.

“Kita bagi sokongan padu dan bersatu untuk beri komitmen terhadap calon BN dan inilah hasilnya,” katanya. — Bernama

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...