UtamaNASIONALMaklumbalas SPRM Isu Pasir...

Maklumbalas SPRM Isu Pasir Di Selangor - pakdin.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menarik perhatian berhubung isu penyelewengan dan sindiket kecurian pasir di Selangor yang ditimbulkan di beberapa media.
SPRM ingin memaklumkan bahawa siasatan berkaitan kes terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Y.B Mat Suhaimi Shafiei  dan ADUN Batu CavesY.B. Amirudin bin Shaari telah lengkap dan pihak Pejabat Peguam Negara (JPN) telah mengkaji dan meneliti kes tersebut dan kini telah diterima semula oleh Suruhanjaya ini.
Sehubungan itu, Suruhanjaya akan mengemukakan kertas tersebut kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) untuk mengkaji, meneliti dan mengesyorkan hasil daripada keputusan yang telah diperolehi daripada JPN.
Panel ini adalah satu makenisme bebas yang telah dibentuk oleh kerajaan bagi memastikan Suruhanjaya menjalankan tugas dengan bebas, telus without fear and favour. PPO adalah Panel yang dilantik dari kalangan mereka yang mempunyai kepakaran dan mewakili badan-badan profesional yang bersesuaian Panel ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil (Mantan Ketua Audit Negara) dan diketuai oleh tujuh (7) ahli yang lain iaitu :
  1. Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Cecil Abraham (Peguam Cara dan Mantan Pengerusi Institut Penimbangtara Malaysia)
  2. Y.Bhg. Datuk Dr. Hamzah bin Kassim (Ketua pegawai eksekutiaf IA Group)
  3. Y.Bhg. Dato’ Zamani bin Abdul Ghani (Mantan Penasihat Khas dan Deputy Governer Bank Negara Malaysia, dan Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad)
  4. Y.Bhg. Datin Aminah binti Pit Abdul Rahman (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Amanah raya Berhad)
  5. Y.Brs. Profesor Dr. Syed Noh Syed Ahmad (Profesor, Fakulti di UiTM dan juga Pakar Forensik Akaun)
  6. Y.Brs. Tuan Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff (Presiden Institut Akauntan Malaysia)
  7. Y.Brs. Tuan Walter Sandosam (Ahli lembaga Udit Dan Insurans Standards Board)
SPRM akan membentangkan kes berkenaan kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) selaras dengan salah satu terma rujukan PPO ini iaitu ’Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung keputusan-keputusan Kertas Siasatan yang telah diperoleh dari Pendakwa Raya.’ PPO dijangka akan bersidang pada 23 Febuari 2012 ini dan SPRM akan membentangkan kes berkenaan kepada kesemua ahli PPO. Selain daripada kes tersebut, Suruhanjaya akan membincangkan berhubung kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan kes yang melibatkan siasatan terhadap Ariff Fahmi Abdul Rahman menantu Nik Abdul Aziz.
Suruhanjaya ini ingin menegaskan bahawa setiap maklumat atau aduan yang berkaitan rasuah tetap diambil tindakan oleh SPRM mengikut peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 tanpa mengira fahaman politik, pangkat dan jawatan mereka yang terlibat.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...