Guan Eng tak sesuai ulas isu Lynas - pakdin.my

Timbalan Pengerusi MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak sesuai memberikan pandangan terhadap isu pemberian Lesen Kendali Sementara (TOL) kepada Lynas Advance Material Plants (LAMP) kerana Guan Eng hanya bertujuan mempolitikkan isu itu.

Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan berkata, dalam kalangan anggota Parlimen Pembangkang, hanya Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat yang layak memberi pandangan mengenai LAMP di Gembeng, Pahang.

“Ini kerana beliau (Dr. Che Rosli) dapat menyatakan pendiriannya secara jelas mengenai keselamatan loji nadir bumi Lynas dan bersikap tanggungjawab dalam menyampaikan hasrat rakyat kepada pihak berkuasa.

“Sebaliknya, Lim Guan Eng tidak layak berbuat demikian, beliau hanya bertujuan untuk mempolitikkan isu ini,” katanya dalam bahasa Mandarin kepada pemberita selepas merasmikan ”The PHAMA Industry Fact Book” di sini, hari ini.

Semalam, dalam sebuah portal berita online, Guan Eng mempersoalkan kredibiliti dan profesionalisme Tiong Lai untuk memantau projek tersebut.

UTAMABERITAGuan Eng tak sesuai ulas isu Lynas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium