UtamaNASIONALBersiap Sediakah BN Pulau...

Bersiap Sediakah BN Pulau Pinang Hadapi PRU-13? - pakdin.my

Di mana-mana sahaja sekarang kita boleh mendengar soalan: “Bilakah pilihan raya umum?” dan ada yang menjawab “Terlalu hampir… the election is just round the corner”.

Apakah yang penting dengan tarikh pilihan raya umum ke-13 itu dan kenapa ia menjadi spekulasi?

Sebenarnya hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja yang tahu bilakah tarikh pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 ini sebelum disusuli oleh menteri besar dan ketua menteri bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula.

Apa-apapun pilihan raya umum mempunyai tarikh wajib, iaitu sebelum 28 April 2013.

Bagi jentera Barisan Nasional (BN), mereka sebenarnya tidak harus menumpukan bila tarikh pilihan raya tetapi lebih penting daripada itu ialah soalan: “Sudahkah anda bersiap sedia menghadapinya?

Menyingkap soalan Najib di Majlis Makan Malam Perdana di Sungai Petani baru-baru ini, Perdana Menteri bertanya: “Adakah anda semua sudah bersedia hadapi pilihan raya? Bersediakah jika pilihan raya bila-bila masa?”.

Soalan itu membawa maksud semua jentera parti haruslah bersiap sedia pada bila-bila masa kerana Pengerusi BN itu pernah menyifatkan pilihan raya umum ke-13 ini adalah pilihan raya luar biasa, BN harus bekerja luar biasa untuk mendapatkan keputusan yang luar biasa.

Di Pulau Pinang, bukanlah sesuatu yang mustahil bagi BN untuk merampas semula kerusi yang ‘hilang’ kepada pakatan pembangkang kerana apa yang mereka perlu buat ialah kerja luar biasa.

Keputusan PRU-12 di Pulau Pinang menyaksikan BN cuma memenangi 11 daripada 40 kerusi DUN dan hanya menang dua daripada 13 kerusi Parlimen.

DAP mendominasi kesemua kerusi majoriti kaum Cina apabila memenangi kesemua 18 kerusi yang ditandingi oleh MCA dan Gerakan manakala PKR memenangi 10 kerusi DUN dan PAS memenangi satu kerusi sahaja.

Daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, Umno bertanding bagi 15 kerusi dan memenangi 11 daripadanya manakala Gerakan (12 kerusi), MCA (11 kerusi) dan MIC (2) dan kalah kesemuanya.

Mengikut atau secara teorinya, untuk membolehkan BN menawan semula Pulau Pinang, mereka haruslah merampas semula kerusi DUN majoriti pengundi Cina yang telah ‘hilang’ kepada pakatan pembangkang itu manakala MIC pula perlu menarik semula undi kaum India.

Bagaimanakah untuk MCA dan Gerakan mendapat semula undi kaum Cina? Itulah persoalan dan cabaran luar biasa besar bagi kedua-dua parti itu, bagi banyak pemerhati politik tanah air.

Antara kerja-kerja luar biasa yang perlu dilakukan itu ialah kerap turun padang untuk mendekati rakyat, bertanyakan apa kehendak rakyat, membuat transformasi politik termasuk memilih calon yang boleh menang atau ‘winnable candidate’.

Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata BN tidak lagi boleh menjadi parti yang retorik, mereka haruslah bekerja dan memahami hati rakyat dan tidak bertelagah sesama sendiri.

Katanya krisis dalaman parti dan sabotaj antara satu sama lain adalah antara faktor yang menyumbang kekalahan MCA dan Gerakan dan jika perbuatan itu diulangi, BN tidak akan menawan semula Pulau Pinang sehingga bila-bila pun.

Beliau berkata MCA dan Gerakan harus merayu kepada kaum Cina untuk menyokong kembali mereka dan memberi kepercayaan untuk mengubah landskap politik.

Bagi menawan semula kerajaan negeri, jika Umnno dapat mengekalkan 11 kerusi sedia ada, apa yang diperlukan oleh MCA dan Gerakan ialah masing-masing harus memenangi sekurang-kurangnya lima kerusi DUN daripada 11 dan 12 kerusi yang ditandingi.

MIC pula harus merampas semula sekurang-kurangnya satu daripada dua kerusi yang diperuntukan kepada parti itu dan atas kiraan itu, maka BN boleh membentuk kerajaan secara majoriti mudah iaitu memenangi 22 daripada 40 kerusi DUN.

Sebenarnya teori itu boleh menjadi kenyataan kerana terdapat beberapa buah kawasan DUN yang majoriti pengundi Cina tidak lagi memihak kepada pakatan pembangkang kerana wakil rakyatnya dikatakan sombong, angkuh, tidak bekerja dan hanya pandai berpidato sahaja.

Gerakan boleh dianggap sebagai telah berjaya menyelesaikan masalah dalamannya dan presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon membuat kenyataan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Parti pimpinan Dr Teng Hock Nan di peringkat negeri itu kini mula bergerak aktif untuk mendekati rakyat pelbagai kaum dengan menjalankan aktiviti turun padang ‘lawatan mesra’ pada hampir setiap minggu.

MCA Pulau Pinang yang kini diketuai oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen perlulah lebih kerap turun padang dan merayu kaum Cina untuk kembali menyokong mereka.

Seorang pemimpin MCA di peringkat negeri yang hanya mahu dikenali sebagai Lee ketika ditemui berkata MCA sebelum ini tidak begitu bersungguh-sungguh kerana mereka hanya diberikan dua jawatan Anggota Exco Kerajaan Negeri walaupun pernah memenangi kesemua kerusi DUN.

Namun hakikatnya, mereka haruslah sedar bahawa mempunyai dua kerusi Exco itu jauh lebih baik berbanding dengan tiada langsung wakil rakyat daripada parti itu.

Pemimpin veteran MCA, yang juga Ketua Publisiti BN Selangor, Datuk Yap Pian Hon baru-baru ini berkata memandangkan MCA kini menyambut ulang tahun ke-63 perjuangannya dalam arena politik, parti itu perlu melakukan pembaharuan untuk memastikan ia terus relevan kepada masyarakat.

“MCA telah memainkan peranannya dalam pembinaan negara bersama parti komponen lain. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 2008, arah aliran politik telah banyak berubah dan MCA perlu mengikuti perubahan yang berlaku ini,” katanya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...