UtamaNASIONALBN Selangor Mahu MB...

BN Selangor Mahu MB Jawab Dakwaan Raja Petra – @zinmohamed - pakdin.my

Barisan Nasional (BN) Selangor mahu supaya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab dakwaan Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin bahawa kerajaan PKR negeri ini memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender sejak pembangkang memerintah negeri ini pada 2008.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Abdul Khalid perlu menjelaskan dakwaan itu bagi membuktikan janji yang dibuat olehnya pada April 2008 untuk menghapuskan pemberian tender secara runding terus kepada kontraktor Bumiputera bagi mengelak monopoli pihak tertentu adalah ditepati.

“Abdul Khalid perlu buktikan dakwaan ini jika tidak beliau ‘cakap tidak serupa bikin’. Perkara itu dinyatakan Abdul Khalid selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-22 gabungan Iktisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor di Shah Alam pada April 2008.

“Pada majlis itu Abdul Khalid pernah berjanji untuk menghapuskan pemberian tender secara runding terus kepada kontraktor Bumiputera dan jika ia perlu ini bermakna beliau melanggar aku janji yang dibuatnya sendiri,” kata Mohd Zain pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Mohd Zin mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik pendedahan Raja Petra bahawa kerajaan PKR Selangor memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender bernilai lebih RM250 juta sejak pembangkang memerintah negeri itu.

Dalam laporan itu, Raja Petra berkata jika kerajaan negeri menafikan dakwaan berkenaan, beliau akan menyiarkan butiran kontrak seperti nombor dan tarikh kontrak serta nama syarikat terbabit dalam blognya atau melaporkan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, Mohd Zin yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata kenyataan Abdul Khalid bahawa pakatan pembangkang mampu memenangi majoriti dua pertiga termasuk memenangi 10 kerusi baru pada pilihan raya umum akan datang adalah spekulasi untuk menyedapkan hati mereka.

Beliau berkata pakatan pembangkang gagal mencapai kata sepakat dalam pelbagai isu di negeri ini sehingga sanggup memecat anggota mereka sendiri selain mempunyai cita-cita yang berbeza antara satu parti dengan yang lain.

“Mimpi mereka berbeza-beza, sebab itu banyak benda mereka tidak sepakat serta timbul masalah. Hal dalaman mereka juga tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Katanya, BN akan terus berusaha memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di negeri ini terutamanya dalam menyemarakkan semangat 1Malaysia dan bantuan kepada rakyat seperti yang sedang giat dilakukan.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...