Hukum Gantung Kerana Menghina Rasulullah - pakdin.my

Jika kita imbas semula bagaimana penghinaan yang dilakukan oleh sebilangan rakyat Malaysia terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW tanpa rasa takut terhadap tindakan mereka itu. Penghinaan sebegini sudah lama dilakukan, Namun rata rata rakyat Malaysia melihat tiada satu bentuk perndangan syariah yang boleh dikenakan terhadap pelaku., Pada kebanyakkannya telah diadili dimahkamah sivil dan akta SKMM.

Sampai bila perkara ini akan berlarutan? Pada 2019 sahaja sebanyak 5,000 aduan berkaitan penulisan atau provokasi bersifat menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW yang diterima dan telah dirujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Apa yang meyedihkan ialah hukuman yang dikenakan terhadap mereka ini amatlah ringan sedangkan penghinaan yang dilakukan itu melibatkan sensitivity agama Islam serta umatnya. Mereka terus terusan memainkan sentimen agama dan mencetuskan kemarahan kepada orang Islam serta sentimen sensitif kepada masayarakat majoriti di negara ini.

Harus diingatkan bahawa Rasulullah dirasakan sangat dekat pada diri umat Islam walaupun tidak pernah melihat wajahnya. Malah, bulan Rabiulawal adalah bulan yang sangat mulia kerana pada ketika itu seluruh umat manusia turut meraikan tarikh kelahiran Rasulullah SAW. Disni menunjukkan betapa rapatnya Rasulullah dijiwa umat Islam.

Justeru itu, sebagai sebuah negara yang majoritinya umat Islam , maka kerajaan seharusnya bertindak lebih efektif dalam menjaga nilai nilai Islam dan sensitiviti umat Islam dengan kaedah yang lebih drastik untuk menangani perbuatan penghinaan terhadai Rasulullah.

Sewajarnya kerajaan Malaysia mengubal satu akta yang lebih tegas lagi bagi membendung gejala penghinaan keatas Nabi Muhammad ini seakan sudah menjadi trend kepada pihak tertentu. Malaysia harus mencontohi undang-undang yang dibuat di Nigeria dimana penghina Nabi jika didapati bersalah dan hukumannya gantung sampai mati.- my-news.today

Rujukan:

Penyanyi hina nabi dihukum gantung sampai mati

UTAMAEDITORIALHukum Gantung Kerana Menghina Rasulullah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium