UtamaNASIONALPerlembagaan tak sebut Agong...

Perlembagaan tak sebut Agong boleh ketepi sabitan kes – Peguam - pakdin.my

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan telah memberikan nasihat yang salah dalam pengampunan diraja kes liwat Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata demikian ketika prosiding mahkamah terbuka di hadapan Hakim Akhtar Tahir pagi ini.

Haniff bertindak sebagai peguam kepada Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Khairul Azam, yang juga pengamal undang-undang, pada 26 Februari memfailkan saman untuk mencabar nasihat Lembaga Pengampunan pada 16 Mei 2018 terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam kes itu.

Pada tarikh itu Anwar dibebaskan dari penjara selepas mendapat pengampunan penuh diraja dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya Mohd Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pendengaran Mahkamah Tinggi hari ini berkaitan dengan permohonan oleh Anwar dan defendan bersama Lembaga Pengampunan, untuk mengetepikan cabaran Khairul Azam.

Semasa prosiding, Haniff Khatri berkata mahkamah patut menolak usaha mengetepikan saman itu dan mendengar sepenuhnya saman utama, bagi membolehkan semua isu boleh bicara didengar.

Haniff berkata ini termasuk isu berkaitan pembentukan lembaga itu dan dakwaan nasihat salah berkaitan kuasa Agong memberikan pengampunan yang diperuntukkan dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyebut:

“Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.”

Haniff berkata, peruntukan itu jelas menyebut “memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum” bermaksud ia terhad kepada hukuman dan tidak boleh melebihi perkara itu.

“Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut Seri Paduka boleh mengetepikan sabitan kes,” kata Haniff.

Peguan Anwar: Plaintif tiada locus standi

Sementara itu, Bernama melaporkan peguam J Leela yang mewakili Anwar berhujah bahawa pengampunan penuh Agong tidak boleh dicabar di mahkamah dan plaintif (Khairul Azam) juga tidak mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) untuk meneruskan tindakan berkenaan.

“Tuntutan saman plaintif adalah remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.

Katanya, menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Agong boleh membatalkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan Natra Idris bersetuju dengan Leela.

Hakim menetapkan 21 Sept untuk keputusan permohonan itu dan mengarahkan kesemua pihak terlibat memfailkan hujahan lanjut, sekiranya ada sebelum atau pada 21 Ogos.

Pada 26 Feb lepas, Khairul Azam memfailkan saman itu menerusi Tetuan Raja Riza & Associates dengan menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan pertama dan kedua.

Mengikut penyataan tuntutan, Khairul Azam mendakwa pada 9 Mei 2018, selepas pilihan raya umum ke-14 dan kerajaan baru dibentuk, beberapa tindakan salah dan tidak berperlembagaan dilaksanakan bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan dan dibebaskan.

Dakwanya, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna selepas pembentukan kerajaan baru.

Justeru, katanya, dan mustahil bagi lembaga itu dapat bersidang memberikan nasihat kepada agong bagi memberikan pengampunan kepada Anwar.

Plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan ditubuhkan secara tidak sah bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati agong, mengakibatkan nasihat yang diberikan tidak sah dan terbatal.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...