BERITAMakcik Gelang Pink Didenda RM8,000

Makcik Gelang Pink Didenda RM8,000

Disebabkan kedegilan ingkar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian, Nur Emmah Mohd Hashim, 72, dipenjara selama sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh sebentar tadi.

Majistret Nabihah Mohd Nor memerintahkan tertuduh boleh dipenjara selama 8 bulan jika gagal membayar denda yang dikenakan terhadapnya.

tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 22.(b), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 24.(a) Akta yang sama dengan hukuman dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda atau dengan kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Ahmad Fakurazi Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Ahmad Fakurazi ketika prosiding meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh.

Tertuduh ketika merayu hukuman diringankan atas alasan suaminya telah meninggal dunia dan terpaksa menanggung 3 orang anaknya disamping tahap kesihatan dirinya yang uzur.

Kes mak cik gelang pink ini tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen marah akibat sikap tanggungjawab tertuduh makan di restoran di Meru Jaya. Ianya tidak mematuhi perintah kuarantin yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

[Video] Covid-19: Pengembara berdepan tindakan jika tanggal gelang tangan kuarantin

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami