UtamaNASIONALBN Menguasai PRU Ke-13,...

BN Menguasai PRU Ke-13, Perjalanan Pembangkang Masih Jauh, Kata Penganalisis - pakdin.my

Semakin hampir pilihan raya umum ke-13 (PRU ke-13), semakin kerap persoalan dilontarkan tentang keputusannya nanti.

Kalangan politik kini sedang sibuk membuat analisis dan ramalan masing-masing dengan Barisan Nasional dan pakatan pembangkang giat meningkatkan kempen mereka.

Sesetengah pihak membuat andaian bahawa apabila Barisan Nasional (BN) hilang lebih satu per tiga kerusi kawasan Parlimen pada PRU 2008, ia mungkin hilang kawalan ke atas kerajaan persekutuan pada pilihan raya kali ini.

Namun apabila berlaku pertukaran kepimpinan dan pelbagai program diperkenalkan di bawah gagasan 1Malaysia dan Program Transformasi Negara oleh kerajaan BN, kebanyakan penganalisis politik yakin peluang BN kekal menerajui kerajaan persekutuan adalah tinggi, malah akan menang lebih banyak kerusi kali ini.

“Ia bergantung kepada siapa kita bercakap. Kalau kita bercakap kepada penyokong kedua-dua pihak, sudah tentu masing-masing akan bercakap bagi pihak masing-masing.

“Namun apa yang perlu diambil kira ialah pihak yang berkecuali dan undi mereka yang penting,” kata seorang penganalisis politik dari Pulau Pinang.

Pihak berkecuali ini termasuk kira-kira dua juta pengundi baru dan muda yang akan mengundi buat pertama kali yang sokongan mereka akan menjadi penentu siapa yang menerajui Putrajaya, katanya.

Strategis dan Anggota Parlimen DAP bagi kawasan Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata sama ada BN boleh mengekalkan kuasa kerajaan persekutuan bergantung kepada faktor “middle ground” kerana beliau percaya boleh berlaku 10 peratus peralihan undi sama ada kepada BN atau pakatan pembangkang.

“Middle ground yang perlu diambil kira. Setiap pilihan raya berbeza melibatkan personaliti baru, sentimen yang berbeza dan perubahan tema. Keputusan pilihan raya lalu hanya boleh dijadikan rujukan,” katanya.

Liew berkata peralihan undi 10 peratus adalah besar yang tidak selalu berlaku tetapi tidak mustahil.

BN memperoleh 65 peratus undi pada PRU 1995, 57 peratus pada 1999, 64 peratus pada 2004 dan 51 peratus pada 2008 dan antara pilihan raya 1995 dan 1999, undinya menurun lapan peratus dan antara 2004 dan 2008, ia jatuh 13 peratus, katanya.

“Pakatan pembangkang menang 83 dari 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya 2008. Dari 139 kerusi BN, 55 dari Sabah, Sarawak dan Labuan sementara di Semenanjung, ia memiliki 85 kerusi berbanding pakatan pembangkang sebanyak 81,” katanya dan menambah 51 peratus undi pakatan pembangkang diperoleh di Semenanjung.

Pada pilihan raya lepas, 54 dari 83 kerusi pakatan pembangkang diperoleh dengan majoriti kurang dari 10 peratus atau kerusi marginal.

Tetapi dalam pilihan raya akan datang, sekiranya terdapat 10 peratus peralihan undi yang memihak BN, pakatan pembangkang hanya akan tinggal 29 kerusi.

Sebaliknya 56 dari 139 kerusi BN dimenangi dengan majoriti kurang daripada 10 peratus pada 2008, dan peralihan 10 peratus undi yang memihak pakatan pembangkang akan menjejaskan pemerintahan BN.

“Daripada 56 kerusi marginal BN, 14 ialah dari Sabah dan Sarawak sementara 11 lagi dari Semenanjung dengan kurang daripada 70 peratus adalah undi Melayu. Dari 54 kerusi marginal pakatan pembangkang, 34 adalah dari Semenanjung,” katanya dan menambah kerusi marginal dari kedua-dua BN dan pakatan pembangkang berjumlah 110 kerusi, dengan 112 kerusi diperlukan untuk memenangi majoriti mudah di Dewan Rakyat.

Namun BN tidak terlalu bimbang dengan lebihan yang kecil. Ia memenangi 66 hingga 90 peratus kerusi Parlimen sejak 1959 dengan hanya 49.3 peratus ke 65.2 peratus undi.

BN tidak pernah menang lebih daripada dua per tiga (66.67 peratus) undi popular.

Paling hampir ia menang lebih dua per tiga undi popular ialah pada 1995 (65.2 peratus) apabila ia menang 84.38 peratus kerusi Parlimen.

Pilihan raya terbaik bagi BN ialah pada 2004 apabila ia menang 90 peratus kerusi tetapi dengan hanya 63.9 peratus undi, namun masih kurang daripada dua per tiga.

Tahun 1995 merupakan tahun terbaik bagi BN dalam pungutan jumlah undi (65.2 peratus), tetapi ia hanya menang 84.38 peratus kerusi. Ini bermakna undi lebih tidak bermaksud memperoleh lebih banyak kerusi dan sebaliknya.

Ketua Publisiti BN Selangor, Datuk Yap Pian Hon berkata malah jika lebih ramai orang keluar mengundi pada pilihan raya kali ini dan pakatan pembangkang memperoleh lebih banyak undi, tiada jaminan ia boleh membentuk kerajaan persekutan.

“Ia bergantung di mana anda mengundi. Jika anda mengundi di kawasan bandar yang majoritinya sudah tentu pengundi Cina, maka pembangkang mungkin mendapat banyak undi, tetapi tidak kerusi,” katanya.

Yap berkata pada PRU 2008, 82 kerusi Parlimen yang pakatan pembangkang menang terbahagi hampir sama antara pengundi Melayu dan bukan Melayu walaupun ia mendapat hampir 90 peratus undi kaum India, 70 peratus undi Cina dan 50 peratus undi Melayu.

Namun, beliau berkata kini undi kaum India berpecah 50:50 antara BN dan pakatan pembangkang sementara dijangkakan akan berlaku peningkatan kecil undi kaum Cina kepada pembangkang kepada 80 peratus daripada 70 peratus sebelum ini.

Sebarang pertambahan undi kaum Cina kepada pakatan pembangkang mungkin diimbangi dengan penurunan undi kaum India kepada pembangkang.

“Faktor penentu masih undi kaum Melayu. Lebih 60 peratus pengundi di negara ini ialah pengundi Melayu. Sebarang pertambahan undi Melayu kepada BN boleh mengimbangi penurunan undi bukan Melayu. Pada pilihan raya lalu, BN mendapat kira-kira 50 peratus undi Melayu,” katanya.

Bagi membentuk kerajaan persekutuan, pakatan pembangkang perlu menang sekurang-kurangnya 94 daripada 165 kerusi di Semenanjung dan 18 daripada 57 kerusi di Sabah, Sarawak dan Labuan (31 di Sarawak, 25 di Sabah dan satu di Labuan) yang mungkin membawa kepada majoriti mudah 112 kerusi.

“Bagi menambah kepada 94 kerusi, ia perlu menang semua kerusi yang ia menang sebelum ini, termasuk yang diduduki oleh pihak yang keluar parti. Ini tidak termasuk menang tambahan 12 kerusi di Semenanjung dan 18 lagi di Sabah dan Sarawak,” katanya dan menambah beliau tidak melihat kemampuan pakatan pembangkang membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

Pakatan pembangkang menang 83 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu tetapi kini tinggal 76 ekoran tindakan wakil rakyatnya keluar parti.

Pemerhati politik bersetuju peluang pakatan pembangkang menang sekurang-kurangnya 18 kerusi di Sabah dan Sarawak masih samar-samar ekoran dibelenggu masalah seperti jentera pilihan raya, logistik, pemimpin tempatan dan sokongan pengundi luar bandar.

Pengundi di Sabah dan Sarawak turut menyokong parti tempatan seperti parti komponen BN berbanding pakatan pembangkang yang merupakan parti Semenanjung.

Penganalisis politik Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berpendapat jumlah kerusi yang paling banyak yang boleh pakatan pembangkang menang di Sarawak ialah antara tujuh hingga 10 kerusi termasuk empat kawasan kelabu Parlimen yang diperuntukkan kepada SPDP (Mas Gading, Seratok, Baram dan Bintulu) dan kemungkinan mengekalkan Bandar Kuching dan Sibu serta menang di Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri.

Di Sabah, kata beliau, pakatan pembangkang boleh menawan hanya lima kerusi Parlimen terutama yang majoriti pengundi Cina seperti Kudat, Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Sokongan menyeluruh kepada BN di Sabah dan Sarawak ialah 55 peratus, pakatan pembangkang 30 peratus dengan undi terapung kira-kira 15 peratus,” tambahnya.

Walaupun pakatan pembangkang dilihat menghadapi kesukaran, Liew masih tidak menyangkal keupayaan pakatan itu dalam pilihan raya akan datang.

“Ia bergantung kepada magis berkempen yang boleh menyeimbangi keadaan,’ katanya dan menambah DAP tidak pasti boleh menawan Pulau Pinang pada PRU 2008 sehingga beberapa hari sebelum hari mengundi.

“Namun pada ketika ini, BN menguasai keadaan. Dalam tempoh tiga tahun lalu di bawah (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak), kami tidak boleh mengubah kedudukan BN,” tambahnya.

Liew berkata pada PRU ke-13, apa saja boleh berlaku.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...