UtamaNASIONALPAS Parti Tidak Konsisten,...

PAS Parti Tidak Konsisten, Melencong Dari Prinsip Perjuangan Islam - pakdin.my

Pas adalah parti yang tidak konsisten dalam perjuangan menegakkan Islam dan terbaru ia melencong daripada prinsipnya apabila menyokong umat Islam boleh bekerjasama dan menjalin hubungan dengan Yahudi.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pendirian Pas mengenai perkara itu yang dinyatakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua malam lepas membuktikan Pas parti tidak berprinsip.

“Pas begitu keras mengkritik Umno apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan Israel tetapi kini jelas kenyataan Abdul Hadi membuktikan parti itu tidak selari dengan perjuangan Islam mereka.

“Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah kata tidak boleh berdagang atau bekerjasama dengan Yahudi tetapi kini Abdul Hadi pula kata sebaliknya,” kata Mohd Shafie pada sidang media sempena program Mesra Rakyat Bersama Menteri di Pekan Ayer Hitam, Jerlun, kira-kira 25 kilometer dari sini, hari ini.

Turut hadir pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan timbalannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Anggota Parlimen Jerlun.

Dalam sesi soal jawab pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin anjuran Dewan Muslimat Pas Pusat di Shah Alam dua malam lepas, Abdul Hadi memberi alasan kerjasama itu dibolehkan dengan Yahudi yang tidak berpegang kepada ideologi Zionis.

Mohd Shafie berkata perjuangan parti itu dalam soal kemanusiaan seperti isu Palestin dan pelaksanaan hukum hudud juga tidak jelas.

“Pas sebenarnya bukan hendak memperjuangkan Islam tetapi mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat politik,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mengenai kemelut Pas Kedah, beliau berkata Umno tidak campur tangan urusan pentadbiran kerajaan negeri namun menganggap penubuhan Jawankuasa Pemandu oleh Pas Pusat untuk memantau dan menasihat kerajaan negeri hanya melambatkan proses membuat keputusan dan mengurangkan kuasa Menteri Besar.

“Perkara seumpama ini (lantik Jawatankuasa Pemandu) tidak pernah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)….inilah yang berlaku apabila tidak cukup pengalaman mentadbir negeri,” katanya.

Jawatankuasa Pemandu itu ditubuhkan berikutan kemelut Exco kanan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh menolak dilantik semula sebagai Exco.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...