Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

[Video] Agong zahir kegusaran peningkatan kes COVID-19 - pakdin.my

[Video] Agong zahir kegusaran peningkatan kes COVID-19 - pakdin.my

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. semalam menzahirkan kegusaran terhadap peningkatan berterusan kes positif jangkitan harian COVID-19 di negara ini, yang mencecah lebih 3,000 kes.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kebimbangan mengenai laporan penutupan beberapa sekolah akibat penularan wabak itu serta tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di beberapa majlis keraian serta bazar Ramadan yang tidak memuaskan.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menyeru agar rakyat supaya sentiasa berdisiplin dalam mematuhi arahan serta SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan negara ini dibadai tsunami COVID-19 seperti yang dialami beberapa negara di Asia Selatan dan Eropah.

“Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya tidak alpa dan mengambil sikap sambil lewa dengan arahan serta pematuhan SOP di bazar-bazar Ramadan, sekolah-sekolah dan majlis-majlis keraian umum seperti majlis berbuka puasa dan kenduri bagi memastikan penularan jangkitan wabak COVID-19 di negara dapat dikawal dan dibendung dengan sebaiknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, sebanyak 3,332 kes baharu postif COVID-19 direkodkan di negara ini.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut mengingatkan rakyat supaya tidak hilang fokus dan sentiasa berwaspada demi kesihatan dan keselamatan diri, ahli keluarga serta masyarakat kerana sekiranya berlaku gelombang keempat penularan wabak COVID-19, ia akan mengancam dan meruncingkan ekonomi negara serta sosioekonomi rakyat jelata.

Katanya, perkara yang turut membimbangkan Yang di-Pertuan Agong adalah laporan mengenai hospital swasta di Lembah Klang yang mengalami kekurangan katil bagi menampung jumlah pesakit susulan peningkatan kes COVID-19, sejak dua minggu lepas.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan supaya rakyat melaksanakan tanggungjawab sosial dengan segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan jika bergejala dan mengasingkan diri jika disahkan positif atau ditakrifkan sebagai kontak rapat sekali pun tidak bergejala.

BACA juga  Tahan reman semalaman ke atas najib tidak beretika!

Katanya, Al-Sultan Abdullah bertitah agar rakyat sewajarnya jujur pada diri sendiri dan masyarakat dengan mematuhi arahan kuarantin dan SOP bagi mengelak kemudaratan kepada masyarakat serta negara.

Seri Paduka Baginda juga menzahirkan keyakinan bahawa dengan kerjasama dan komitmen tinggi antara rakyat dan kerajaan, kadar penularan jangkitan COVID-19 ini dapat dilandaikan demi keselamatan diri serta kesejahteraan negara yang dicintai.

“Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, Seri Paduka Baginda mengambil kesempatan mengajak rakyat untuk bersama-sama mendoakan semoga negara sentiasa diberkati dan dilindungi serta ancaman wabak COVID-19 ini dapat diakhiri dengan segera,” kata Ahmad Fadil.

— BERNAMA

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

Sekiranya ini jawapan rasmi Menteri Ekonomi, pelabur mana yang masih mahu melabur di Bursa Malaysia?

Tapi jika kurang menyinar, kenapa pula Bursa Malaysia boleh naik berganda sehingga ke paras paling tinggi dalam sejarah sebelum PRU14 ketika Najib jadi PM? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165544

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

Leher wanita hampir putus disembelih kekasih gelap, suspek turut hadir semasa tahlil dan pengebumian mangsa

Saat penduduk menemui mayat mangsa, suspek datang ke tempat kejadian dan turut melihat proses mangsa diangkat oleh pihak berkuasa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165516

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari

Seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165526

Rafizi ikon kebodohan pengundi Malaysia

Seperti mata wang kita, Bursa Malaysia tidak pernah pulih ke parasnya sejak 5 tahun lalu sejak selepas PRU-14. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165468

TERKINI

Chong Wei, Lin Dan, layak berada di dewan kemasyhuran – BWF

BWF, dalam kenyataan hari ini, menegaskan bahawa kedua-dua pemain itu berhak mendapat pengiktirafan yang diberikan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165632

[VIDEO] Pemandu mabuk rempuh tiga penunggang berteduh di NKVE

Kereta yang dipandu lelaki berusia 26 tahun terbabit telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar enam penunggang motosikal yang sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165622

K9 digunakan bantu kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Lubuk Hantu

Menurutnya usaha mencari mangsa yang memasuki hari kedua itu masih diteruskan melibatkan 24 anggota bomba BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165574

[VIDEO] Dua lemas, seorang hilang mandi di Pantai Bagan Lalang

Usaha menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165563

[VIDEO] Nahas kereta api Odisha India: Angka kematian meningkat lebih 290

Howrah Superfast Express tergelincir dan bertembung dengan Coromandel Express BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165553

Sekiranya ini jawapan rasmi Menteri Ekonomi, pelabur mana yang masih mahu melabur di Bursa Malaysia?

Tapi jika kurang menyinar, kenapa pula Bursa Malaysia boleh naik berganda sehingga ke paras paling tinggi dalam sejarah sebelum PRU14 ketika Najib jadi PM? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165544

Wanita pertama di dunia menerima vaksin kanser payudara berkata ia ‘luar biasa’

Klinik Cleveland dan Anixa Biosciences mengeluarkan data awal pada April 2023 yang menunjukkan bahawa semua peserta dalam percubaan membina tindak balas imun. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165534

Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari

Seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165526