Syarikat Telekomunikasi Diminta Kenakan Kadar Internet Termurah Untuk Luar Bandar - pakdin.my

Syarikat telekomunikasi tempatan akan diminta mengkaji kemungkinan mengadakan caj paling murah untuk perkhidmatan jalur lebar bagi pelanggan di luar bandar.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata langkah itu akan membolehkan penduduk luar bandar menikmati kemudahan Internet dengan kadar yang lebih murah daripada kadar sedia ada.

Ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian itu di Kompleks Sultan Abdul Samad di sini hari ini, beliau juga minta warga kementerian itu supaya mempertingkatkan usaha memberi gambaran dan penerangan yang jelas mengenai beberapa usaha kerajaan termasuk Program Transformasi Kerajaan kepada rakyat.

Katanya program-program sentuhan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menunjukkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat prihatin dan sayang kepada rakyat.

“Program-program seperti BR1M ini adalah untuk meringankan beban rakyat dan patut diperjelaskan supaya rakyat betul-betul memahami hasrat kerajaan,” katanya.

Rais berkata walaupun telah lama dalam pentadbiran kerajaan, beliau belum pernah menyaksikan tahap usaha dan keprihatinan kerajaan seperti yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.

Yang turut hadir pada perhimpunan itu ialah kedua-dua timbalan menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan, Datuk Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan ketua setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

UTAMAGAYA HIDUPSyarikat Telekomunikasi Diminta Kenakan Kadar Internet Termurah Untuk Luar Bandar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium