UtamaNASIONALPembangkang Boikot Sertai PSC...

Pembangkang Boikot Sertai PSC Lynas - pakdin.my

Gara-gara tidak berpuas hati apabila usul penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi mengkaji mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) mendapat undi sokongan majoriti, Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.

Majoriti wakil rakyat pembangkang diketuai Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) dilihat keluar daripada dewan sejurus selepas Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee mengumumkan usul penubuhannya diluluskan Dewan Rakyat.

Kesemua wakil rakyat pembangkang itu kemudiannya mengadakan sidang media di lobi Parlimen.

Malah kumpulan wakil rakyat itu sebulat suara menyatakan pendirian memboikot penyertaan mereka dalam jawatankuasa berkenaan.

“Kami kecewa kerana kerajaan tidak menyatakan dengan jelas terma dan rujukan khusus mengenai objektif penubuhan jawatankuasa tersebut.

“Melalui kertas usul yang dinyatakan kerajaan mengenai PSC Lynas, hanya dinyatakan bahawa penubuhannya sekadar mahu meneliti isu keselamatan, jumlah keanggotaan serta tempoh yang diberikan kepada jawatankuasa itu,” katanya pada sidang di lobi Parlimen di sini,Selasa.

Sementara itu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, walaupun pada awalnya pembangkang menyambut baik kewujudan jawatankuasa itu namun begitu selepas mengkaji pelbagai perkara,pihaknya kini tidak akan menyertainya.

“Kita mahu jawatankuasa ini bersikap adil dengan memberi penekanan kepada soal keselamatan rakyat, namun melihat kepada reaksi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), kita tahu bahawa projek ini tetap akanditeruskan.

“Kita sudah jangkakan projek ini akan diteruskan, mengapa lagi kita mahu menyertai dan kita tahu apa saja yang kami (pembangkang) bangkitkan tidak akan diberi perhatian,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.

Terdahulu ketika membentangkan usul berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata penubuhan jawatankuasa itu bertujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek tersebut.

Jawatankuasa berkenaan yang diberi tempoh selama tiga bulan akan dianggotai oleh sembilan Ahli Parlimen iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga mewakili pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...