UtamaNASIONALParlimen: Kadar Radiasi Direkod...

Parlimen: Kadar Radiasi Direkod Pembangkang Tidak Tepat – Ongkili - pakdin.my

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, dakwaan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) bahawa lokasi tapak kilang Asian Rare Earth (ARE) di bukit Merah dan tapak pelupusan sisa di Bukit Kledang, Perak tidak selamat serta terdedah kepadaradiasi adalah tidak tepat.

Menurut beliau, dakwaan SMSL berkemungkinan tidak tepat kerana tidak mengambil kira bacaan latar belakang kawasan berkenaan.

“Ia tidak sepatutnya membuat perbandingan dengan purata paras bacaan latar belakang Malaysia iaitu 0.05 microsievert/jam.

“Sebaliknya ia perlu membuat perbandingan dengan bacaan latar belakang di lokasi tersebut, iaitu 0.2 – 0.75 microsievert/jam.

“Bacaan ini lebih tinggi berbanding tempat-tempat lain di Malaysia kerana kawasan ini adalah bekas tapak perlombongan bijih timah yang menghasilkan amang yang mengandungi torium dan uranium,” katanya padasesi perbahasan usul tergempar di Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Usul berkenaan dibawa Fong Poh Kuang (DAP-Batu Gajah) yang mendakwa lokasi kilang ARE di Bukit Merah tidak selamat hingga menimbulkan kerisauan kepada keselamatan penduduk di Papan, Lahat, Menglembu,Pusing dan khususnya di Kampung Baru Bukit Merah.

Sebelum ini SMSL mendakwa bacaan 0.19 microsievert/jam di lokasi berhampiran bekas tapak kilang (Bukit Merah) dan 0.2 microsievert/jam di lokasi berhampiran tapak pelupusan sisa (Bukit Kledang).

Namun menurut Ongkili, bacaan ini adalah rendah berbanding bacaan latar belakang di lokasi, iaitu antara 0.2 – 0.75 microsievert/jam.

“Dakwaan SMSL bahawa bacaan yang direkodkan adalah melebihi tahap 1 milisievert/setahun yang selamat bagi orang awam dari segi undang-undang juga tidak benar kerana perkiraan mereka tidak mengambil kira bacaan latar belakang, iaitu 0.2 microsievert/jam.

“Bacaan 0.2 microsievert/jam bersamaan 1.6 milisievert/tahun, tetapi bacaan ini apabila ditolak bacaan latar belakang yang juga 1.6 milisievert/tahun, bacaan akhir adalah sifar,” katanya.

Tambah Ongkili, sejak Projek Decommissioning & Disposal ini dimulakanpada tahun 2003 sehingga sekarang, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mendapati tiada sebarang kemalangan atau pencemaran radiasi yang berlaku kepada pekerja, orang awam dan alam sekitar.

Katanya AELB sentiasa melakukan pemantauan sepenuhnya terhadap projek ini bagi memastikan kehendak-kehendak Akta 304 dipatuhi oleh syarikat.

Selain itu Ongkili berkata, AELB turut menempatkan satu Stesen Pemantauan Radiologi dan Alam Sekitar iaitu Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di tapak projek bagi memastikan pengesanan dapat dibuat secara pemantauan masa sebenar terhadap sebarang kebocoran ekoran aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

“Ini akan membantu AELB untuk menyediakan langkah-langkah pencegahan dengan segera jika perlu. Data-data terkini bagi tapak pelupusan milik Syarikat ARE di Bukit Kledang ini boleh didapati dalam Laman WebAELB setiap hari bagi rujukan orang ramai.

“Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, adalah tidak wajar Yang Berhormat Batu Gajah berasa bimbang dan risau berkenaan tahap keselamatan dan kesihatan penduduk. Kerajaan melalui AELB sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat dalam apa jua tindakan yang diambil,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...