PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Pakistan isytihar perintah berkurung ketika Aidilfitri

    ISLAMABAD: Pakistan hari ini menguatkuasakan perintah berkurung sembilan hari ketika musim cuti Aidilfitri termasuk larangan perjalanan dan kunjungan ke tempat pelancongan

    Negara itu sedang bergelut dengan gelombang ketiga jangkitan COVID-19 yang semakin getir susulan krisis sempadan dengan India yang kini terjejas teruk akibat coronavirus itu.

    Menteri Perancangan Pakistan, Asad Umar, berkata krisis itu memaksa kerajaan mengenakan sekatan paling ketat selepas perintah berkurung yang dilaksanakan selama sebulan April tahun lalu.

    “Langkah-langkah ini terpaksa dilakukan berikutan keadaan sangat berbahaya di wilayah tertentu di mana penularan virus mutasi dikesan,” katanya yang turut mengetuai pasukan bertindak kerajaan bagi menangani pandemik COVID-19.

    Lazimnya, sambutan Aidilfitri selepas sebulan berpuasa biasanya menyaksikan pergerakan orang ramai di seluruh negara dan lokasi pelancongan penuh sesak.

    Tahun lalu, Pakistan menyaksikan lonjakan kes tertinggi selepas tiga minggu sambutan Aidilfitri berlalu.

    Perniagaan, hotel dan restoran termasuk pasar serta taman ditutup, sementara pengangkutan awam yang menghubungkan antara wilayah dan bandar dihentikan dengan diawasi tentera.

    Bagaimanapun, masjid yang penuh setiap malam sepanjang Ramadan dengan hanya sebahagian kecil jemaah memakai pelitup muka, dibenarkan dibuka.

    Pihak berkuasa bimbang penutupan tempat ibadat akan mencetuskan kekacauan di republik Islam yang sangat konservatif itu.

    Pakistan adalah negara miskin di Asia Selatan yang mencatatkan lebih 854,000 kes dan lebih 18,700 kematian namun ia dikhuatiri mungkin jauh lebih tinggi berikutan bilangan kit ujian terhad di negara terbabit.

    Pegawai kesihatannya menyuarakan kebimbangan kerana hospital sudah beroperasi dengan kapasiti hampir penuh serta sudah menambah bilangan katil untuk unit rawatan rapi (ICU).

    Ketika ini, penerbangan antarabangsa ditangguhkan dan kebenaran merentasi sempadan dengan Iran dan Afghanistan ditutup, kecuali urusan perdagangan.

    Pakistan, yang setakat ini hanya melaksanakan proses vaksinasi untuk sebahagian kecil penduduknya, dengan menerima kumpulan pertama 1.2 juta dos AstraZeneca di bawah skim perkongsian vaksin global COVAX yang tertunda. – AFP

    # Tag

    Berkaitan

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah