GAYA HIDUP Instafamous padam gambar dengan PU Amin, mohon maaf

[Video] Instafamous padam gambar dengan PU Amin, mohon maaf

Instafamous Nadira Isaac yang terpalit kontroversi memuat naik gambar seksinya bersama Pencetus Ummah (PU) Amin memohon maaf atas keterlanjuran itu.

Permohonan maaf itu dibuat Nadira sebentar tadi di Instagram miliknya selain memohon orang ramai mendoakan dirinya kembali ke pangkal jalan.

“Saya telah padam hantaran itu sebagai menghormati PU Amin, saya juga memohon maaf kepada semua yang tersinggung terutamanya PU Amin dan orang ramai.

“Saya akan memperbaiki diri saya dari masa ke semasa dan meminta orang ramai mendoakan kami ke pangkal jalan,” katanya.

Sebelum ini tular di laman media sosial apabila Nadira memuat naik gambar bersama PU Amin dalam keadaan seksi ketika menjemput pendakwah itu ke majlisnya.

Sementara itu, PU Amin menerusi hantaran Facebook miliknya turut meminta wanita itu memadamkan gambar mereka bersama di Instagram.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Wawa, Aeril menjadi artis Malaysia pembayar zakat tertinggi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami