UtamaEDITORIAL1MDBSokongan Rakyat Di Selangor...

Sokongan Rakyat Di Selangor Terhadap BN Semakin Memuncak – @NajibRazak - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disambut mesra ketika hadir di perkarangan Masjid Al-Ehsan Kampung Sungai Serai, Hulu Langat pada Program Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir

HULU LANGAT — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin sokongan rakyat di Selangor terhadap Barisan Nasional (BN) semakin memuncak ekoran kegagalan kerajaaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang melaksanakan janji-janjinya semasa pilihan raya umum 2008.

“Kita nak tanya pada pembangkang, janji pada pilihan raya umum (PRU) 2008 banyak mana sudah mereka tunaikan…?

“Cukai pintu turun 20 peratus dah tunai…? cukai premis perniagaan turun 10 peratus dah tunai…? perkhidmatan kesihatan percuma warga emas Selangor dah tunai?…semua belum (ditunaikan) lagi.

“Sebab itu hari ini rakyat lebih yakin kepada BN, kita dah kena tipu sekali cukup, kita tak mahu ditipu sekali lagi,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 5,000 orang pada majlis bantuan kepada mangsa banjir bagi kawasan Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, di sini, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata beliau sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat di negeri ini.

“Saya sepatutnya berada di Sepang untuk mengikuti perlumbaan F1, tetapi Hamilton (pelumba F1 Lewis Hamilton) boleh tunggu, rakyat Hulu Langat lebih penting dan dapat keutamaan.

“Lagipun Hamilton tak boleh undi, tuan-tuan boleh undi,” katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan hampir RM6 juta kepada 3,578 mangsa banjir di Parlimen Hulu Langat dan Ampang.

Perdana Menteri berkata bantuan berkenaan termasuk wang tunai RM500 untuk setiap mangsa banjir di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.7 juta daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Yayasan 1MDB turut menyumbang bantuan keseluruhan sebanyak RM2.5 juta termasuk wang tunai RM500 kepada setiap mangsa banjir selain sumbangan kos membaiki 100 buah rumah dan mengganti peralatan masjid serta surau yang terjejas akibat banjir yang berlaku 7 Mac lepas.

Najib juga menyampaikan bantuan sumbangan Kelab Putra 1Malaysia yang berupa dua tilam serta sebuah dapur gas kepada beberapa keluarga.

Katanya semua bantuan akan diagihkan kepada setiap keluarga terbabit dalam tempoh tiga hari.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...