BERITA4 suspek cemar Sungai Gong direman 6 hari

4 suspek cemar Sungai Gong direman 6 hari

Empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang, direman selama enam hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohamed Redza, ke atas semua suspek berusia 50 hingga 60 tahun.

Kesemua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada jam 9.45 pagi tadi selepas ditahan sekitar jam 11 malam hingga 12.30 tengah malam tadi.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata tiga suspek ditahan di kediaman mereka di Selayang pada kira-kira 11.20 malam tadi, manakala seorang lagi ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bersama peguamnya pada 12.30 tengah malam tadi.

Ekoran pencemaran minyak daripada kilang itu pada Khamis lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami