Pekebun durian haram yang jadikan isu politik dan perkauman - pakdin.my

Akhirnya, pengerusi kumpulan Perikatan Selamatkan Musang King (Samka) yang ditubuhkan untuk menentang kerajaan Pahang berhubung isu tanah Pahang diceroboh untuk kebun durian telah mengaku dia ahli DAP, pembantu khas ADUN Balakong dan ahli Majlis Perbandaran Kajang lantikan DAP.

Tapi dia suruh saya jangan politikkan isu durian ini dengan menunjukkan dia orang DAP (walaupun dia juga yang dari awal-awal lagi minta ahli politik PH terlibat dalam isu durian ini).

Lalu dia kata saya cuba jadikan isu durian ini menjadi isu perkauman kerana saya telah dedahkan DAP terlibat.

Entah kenapa dia kata mendedahkan DAP terlibat bermaksud menjadikannya isu perkauman.

DAP parti perkauman ke?

Selagi isu ini dimainkan oleh orang politik sebelah sana, selagi isu ini susah mencapai penyelesaian damai sebab ini bermakna jika pun kerajaan Pahang nak berunding, mereka bukanlah berunding dengan pekebun-pekebun durian tetapi berunding dengan DAP dan PH.

Ianya lebih elok jika segala ahli-ahli PH dan DAP tarik diri dalam isu ini dan biarkan orang yang benar-benar mewakili pekebun durian menyelesaikan isu ini.

Facebook Najib Razak

Rujukan:
DAP dalang pekebun durian menceroboh tanah kerajaan di Raub?
https://pakdin.my/dap-dalang-pekebun-durian-menceroboh-tanah-kerajaan-di-raub

UTAMANAJIB RAZAKPekebun durian haram yang jadikan isu politik dan perkauman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium