UtamaNASIONALBORNEOMP Kudat pertahan dakwaan...

MP Kudat pertahan dakwaan Veveonah menipu - pakdin.my

Timbalan Menteri sudah minta maaf atas kenyataan beliau menafikan Veveonah tidak mengambil peperiksaan diatas pokok tetapi beliau memanjangkan cerita kononnya hati terluka, maka berpanjangan tak berkesudahan.

……………….

Anggota Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri mempertahankan dakwaannya bahawa Youtuber Veveonah Mosibin menipu ketika menjawab peperiksaan di atas pokok menerusi videonya yang tular.

Jelas Abdul Rahim, dia serta pegawainya telah membuat siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Katanya, pegawainya telah berjumpa dua ketua kampung -Elwin Madisa (ketua kampung Sepatalang) dan Edward Upak ketua kampung Bilangau Besar) Daerah Pitas, Kota Marudu Sabah- bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

“Seperti keterangan kedua-dua ketua kampung, ibu-bapa pelajar ini sudah terlalu lama tidak tinggal di kampung Sepatalang kerana bapanya Mosibin bin [email protected] Makrun bekerja di Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) di pekan Pitas .

“Mereka sebenarnya tinggal menetap di pekan Pitas yang ada khidmat internet, sebenarnya dia tidak ada rumah di kampung Sepatalang seperti yang dia dakwa.

“Oleh itu macam mana pelajar ini boleh mendakwa dia belajar di atas pokok di kampung Sepatalang sedangkan dia sebenarnya tinggal di pekan Pitas,” katanya mengulangi bahawa Veveonah sengaja bertindak sedemikian untuk mendapatkan perhatian dan publisiti .

Tanya dekan fakulti, pensyarah UMS

Selain itu, Abdul Rahim juga berkata dirinya sendiri telah membuat siasatan terhadap seorang dekan fakulti dan pensyarah UMS.

Abdul Rahim berkata pensyarah itu memberitahunya pada ketika itu tiada peperiksaan dalam talian dan hanya sekadar kelas biasa.

Malah, pensyarah itu turut menyatakan kepada Abdul Rahim bahawa pihak Universiti membenarkan pelajar tinggal di kampus sekiranya tiada jaringan Internet.

“Ada juga pelajar pilih untuk tinggal di kampus kerana jaringan kampung tidak kuat, putus-putus dan lain-lain.

“Jadi kami nasihat mereka untuk tinggal di kampus atau tinggal di pejabat daerah berdekatan, sekolah atau ke kampung terdekat,” kata pensyarah itu kepada Abdul Rahim.

Nama Veveonah kembali menjadi hangat selepas isu dakwaannya itu pertama kali dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin.

Veveonah yang merupakan pelajar Asasi Sains dari UMS menafikan kenyataan timbalan menteri terbabit dan berkata dia sememangnya sedang menduduki peperiksaan ketika memanjat pokok berkenaan.

Zahidi kemudian menjadi kecaman orang ramai selepas mengeluarkan kenyataan tersebut dan memohon maaf atas ketelanjurannya kerana mendapat maklumat yang ‘tidak tepat’ setelah mendakwa pelajar itu.

Bagaimanapun hari ini, Zahidi menjelaskan di Dewan Negara bahawa dia memperoleh maklumat itu dari Abdul Rahim.

Ada motif tertentu’

Mengulas lanjut, setelah beberapa siasatan dilakukan, Abdul Rahim berkata dia curiga bahawa Veveonah mungkin mempunyai motif tertentu menerusi video tularnya.

“Daripada dapatan saya tersebut saya curiga bahawa mungkin ada motif tertentu dari penerbitan video yang dimuat naik di Youtube dan ditonton seluruh dunia.

“[…] Telah dimaklumkan bahawa setiap pelajar yang ada masalah serupa ini telah dibenarkan tinggal di kampus universiti supaya pembelajaran mereka tidak terganggu dan ramai pelajar luar bandar dari seluruh negara memilihnya.

“Apa perlu pelajar itu membahayakan diri memanjat pokok dan dimuat naik video sedangkan dia ada pilihan hanya berusaha sedikit ke pekan Pitas sama ada menumpang di sekolah atau tempat awam yang liputan baik dan pilihan terbuka luas. Malah difahamkan menurut sumber rumah ibu bapanya pun sebenarnya di pekan Pitas.

“Jika ia terjatuh dari pokok itu sudah pasti malapetaka pada keluarganya dan akan menjadi tragedi pada negara,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

 

Apabila sesuatu publisiti tidak baik dilakukan terhadap kawasan saya , selaku MP kudat yang bertanggungjawap saya…

Posted by Abdul Rahim Bakri on Monday, 7 September 2020

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...