BERITACovid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, ia adalah kes ke-921, ke-922 dan 925 hingga ke-935

Beliau berkata, mereka dikesan positif wabak berkenaan ketika pemeriksaan saringan kontak Kluster Benteng LD.

“Bagaimanapun, semua kes sudah berada di bawah jagaan Hospital Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Christina menyatakan seramai 35 orang kena tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (OPD) Lahad Datu juga disahkan positif Covid-19.

Menurut beliau, ia membabitkan 20 lelaki bukan warganegara dan 15 lelaki warga tempatan iaitu kes ke-882 sehingga 916.

Sementara itu, Dr Christina berkata, sebanyak 937 kes positif Covid-19 direkodkan di Sabah, setakat semalam.

Jumlah berkenaan juga menunjukkan pertambahan 60 kes baharu di lima daerah seperti Lahad Datu (54), Sandakan (3), Tawai (1), Kunak (1) dan Kota Kinabalu (1).

Lagi berkaitan Covid-19
https://pakdin.my/tag/covid-19

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami