BERITAMPS sita pejabat Azmin, Hilman

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham di Taman Berjaya, Gombak, disita oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Hilman ketika dihubungi FMT.

Bagaimanapun, Hilman berkata ketika pejabatnya disita beliau berada di Sabah.

“Terima banyak panggilan dan mesej rakan-rakan penjawat awam Selangor yang simpati, juga kata-kata maaf atas tindakan MPS pagi ini.

“Saya minta mereka terus teguh mempertahankan piagam perkhidmatan awam dan tidak tunduk kepada tekanan politik dalam kerajaan negeri.

“Insya-Allah, sampai masanya kita akan kembali bersama untuk melakar kejayaan di Selangor,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Memetik laporan Sinar Harian, notis pengosongan dikeluarkan ke atas bangunan itu yang dahulunya merupakan dewan awam sebelum dijadikan pusat khidmat oleh Adun terdahulu, Hasbullah Ridzwan sebelum diambil alih Azmin dan Hilman.

Tindakan pengosongan itu dipercayai ada kaitan dengan status kedua-dua wakil rakyat berkenaan yang bukan lagi mewakili kerajaan negeri selepas menyertai PPBM. – FMT

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami