Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar - pakdin.my

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah laman sesawang yang melaporkan beliau antara 19 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik tangkap layar laporan berkenaan yang memaparkan senarai menteri Kabinet di bawah pentadbiran Anwar.

Berdasarkan senarai tersebut, beliau berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan masing-masing sebagai Menteri Kewangan I dan II.

“Laman web yang melaporkan saya antara 19 ahli Parlimen UMNO menyokong Anwar jadi Perdana Menteri juga senaraikan saya sebagai Menteri jaga ekonomi (Menteri Hal Ehwal Ekonomi).

“Individu yang pernah difitnah ada ijazah (Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar) juga dilantik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

“Nak tanya, saya report (lapor) kepada bos saya Menteri Kewangan Guan Eng, tak?” tulis Najib secara sinis dalam Facebook berkenaan.

Pada ruangan komen dalam nada sama, Najib turut meminta sekiranya boleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad atau dipanggilnya sebagai ‘Lid’ dilantik sebagai timbalan beliau iaitu Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerana pemimpin itu sangat memahami hal berkaitan Bitcoin. – Sinar

Facebook Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAKNajib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium