#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak - pakdin.my

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM.

Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu MA63.

Antaranya termasuk Menteri kerajaan PN Datuk Seri Dr Maximus yang pernah berehat 60 hari di bawah ISA pada tahun 1991.

Pada tahun 2016, kerajaan pusat BN sudah mula berunding dendan Sabah dan Sarawak untuk menyerah balik hak MA63 yang sudah terhakis di bawah pentadbiran lama.

Pendirian saya masa itu ialah Kerajaan Persekutuan tidak berniat untuk mengambil apa-apa yang sememangnya menjadi hak negeri dan rakyat Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kalau kita terambil, kalau terambil dahulu, kita kena pulangkan balik.”
BACA sini: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-jelaskan-pendirian-kerajaan-persekutuan-berhubung-perjanjian-malaysia-160680

Sebab itu, janji pertama manifesto BN PRU14 khusus Sabah dan Sarawak ialah mengembalikan hak di bawah MA63.

Hasrat saya semasa saya jadi PM ialah untuk memberi perhatian penuh untuk membangunkan Sabah dan Sarawak kerana saya lihat mereka telah jatuh jauh ke belakang berbanding semenanjung Malaysia.

Sebagai bukti, 7 anak Sabah pelbagai bangsa dan agama telah dilantik sebagai menteri penuh masa itu.

Mereka termasuk Menteri Luar Anifah Aman, Menteri Tenaga Maximus Ongkili, Menteri Sains Madius Tangau, Menteri Ekonomi Abdul Rahman Dahlan, Manteri komunikasi Salleh Said Keruak, Menteri Perpaduan Joseph Kurup dan juga Shafie Apdal sebagai menteri pembangunan luar bandar.

(Jauh berbeza dengan zaman Gagalkrasi PH yang melantik dua orang Sabah sahaja sebagai Menteri penuh.)

Peruntukkan kepada Sabah dan Sarawak juga dinaikkan tiap-tiap tahun manakala pelbagai projek pembangunan penting seperti Pan Borneo Highway dimulakan.

Sektor pelancongan Sabah turut diperkasakan dan lapangan-lapangan terbang Sabah dinaikkan taraf. Kita berjaya menaikkan jumlah pelancong asing hampir 3 kali ganda dalam tempoh 9 tahun masa saya PM.

Dasar-dasar kerajaan pusat yang merugikan Sabah dan Sarawak seperti dasar perkapalan Kabotaj yang diperkenalkan zaman PM4 dahulu juga digantung dalam usaha untuk menurunkan kos perniagaan dan harga barang.

Inisiatif dan bantuan kerajaan seperti Klinik 1Malaysia, UTC, BR1M, eKasih dan bantuan usahawan kecil juga dilaksanakan secara meluas di Sabah dan Sarawak.

Alhamdulillah! Usaha kita mula membuahkan hasil.

Kadar miskin tegar di Sabah yang semakin meningkat dalam tempoh PM4 sehingga mencecah 24% daripada penduduk Sabah turun mendadak tiap-tiap tahun masa saya PM ke bawah 4%.

Dengan bekerjasama erat bersama kerajaan BN Sabah dahulu, kadar pertumbuhan ekonomi Sabah berjaya dinaikkan tiap-tiap tahun dan sering mengatasi purata kadar pertumbuhan negara sehingga menjadi 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri Malaysia pada tahun 2017 (sebelum dijunamkan oleh kerajaan Warisan menjadi 1.5% pada tahun 2018 dan 0.5% pada tahun 2019 iaitu paling rendah antara semua negeri untuk dua tahun berturut-turut).

Pendirian saya ialah jika Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju dan adil maka perhatian penuh kerajaan pusat mestilah diberi untuk memastikan pembangunan Sabah dan Sarawak adalah setara dengan semenanjung Malaysia.

Pada masa yang sama, Sabah juga perlu sebuah kerajaan Sabah dengan halatuju dan rancangan pembangunan yang jelas serta program bantuan Rakyat yang menyeluruh dan tidak pilih kasih.

Bukan sekadar bermain sentimen, slogan dan emosi dengan video-video licik masa pilihan raya sahaja.

Rujukan:
– #PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan
https://pakdin.my/prnsabah-antara-alasan-dan-penafian-ekonomi-sabah-merudum-bawah-warisan/
– [Video] Shafie mengaku lantik keluarga, ‘orang semporna’ dalam jabatan, GLC #PRNSabah
https://pakdin.my/video-shafie-mengaku-lantik-keluarga-orang-semporna-dalam-jabatan-glc-prnsabah/
– #PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan
https://pakdin.my/prnsabah-rakyat-sabah-tidak-perlu-bantuan-walau-ekonomi-teruk-dan-pekerjaan-tiada-dibawah-warisan
– #PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji
https://pakdin.my/prnsabah-hukum-kami-jika-mungkir-janji/
-Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib
https://pakdin.my/ekonomi-sabah-menjunam-dibawah-warisan-kata-najib/

UTAMANAJIB RAZAK#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium