PILIHAN RAYAPilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Kong pada 2 Oktober lalu.

Menurut SPR, pelaksanaan PRK itu selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan.
“SPR mendapat notis kekosongan luar jangka kerusi parlimen itu daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini .

“Justeru itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Selasa, 13 Oktober ini,” demikian menurut SPR dalam kenyataan tadi.

Mesyuarat khas yang dijadualkan pada 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi PRK itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Kedudukan Strategik Ahmad Zahid: Mengapa BN Dijangka Kekal Menyokong Kerajaan Perpaduan Walaupun Menang di Peringkat Negeri

Analisis peluang UMNO di PRN Johor: Kelebihan vs cabaran

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami