BERITAPOLITIKMCA tetap bersama BN, tolak Anwar hingga akhirnya

MCA tetap bersama BN, tolak Anwar hingga akhirnya

MCA berpendirian untuk bersama BN dan tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan itu dibuat oleh Biro Politik MCA yang bermesyuarat dengan Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, MCA berpegang teguh dengan keputusan Barisan Nasional (BN) yang tetap untuk tolak Anwar dan tidak akan bersama ketua pembangkang itu dalam penubuhan kerajaan.

“MCA juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama dalam keadaan negara memerangi Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, kestabilan politik merupakan prasyarat untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

“Oleh itu, wajar bagi semua parti politik tolak Anwar dan memfokuskan usaha mereka kepada pemulihan ekonomi dan menghentikan semua pergolakan politik yang mengorbankan rakyat,” katanya.

BACA juga: Takkan Bersama DAP, Anwar & Mahathir itu pendirian Zahid dan keputusan MT UMNO – Laporan

Takkan Bersama DAP, Anwar & Mahathir itu pendirian Zahid dan keputusan MT UMNO – Laporan

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami