Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal - pakdin.my

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir.

Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang kerana mereka menentang Tun Mahathir.

Tapi itu memang cara Tun Mahathir dari dulu-dulu lagi.

  • Dalam 22 bulan Tun Mahathir jadi PM7, dia telah:
  • lantik peguam Guan Eng jadi Peguam Negara.
  • lantik peguam penjual banglo murah Guan Eng jadi pendakwa raya kes saya.
  • lantik pemimpin PH Plus menjadi boss SPRM
  • letakkan Ketua Hakim Negara pro-PH Plus pilihan Kit Siang yang kemudiannya berkempen untuk PH Plus dalam PRN Sabah dan dilantik pengerusi syarikat Berjaya milik kawannya
  • hakim kes saya tiba-tiba ditukar selepas perbicaraan bermula tanpa sebarang sebab diberi.
  • individu-individu yang sendiri mengaku dalam Mahkamah telah disogok dan mengaku telah menerima wang tidak didakwa tetapi dijadikan saksi pendakwaan terhadap saya.
  • gugurkan kes banglo Guan Eng selepas perbicaraan kes berjalan.
  • tidak mendakwa Guan Eng untuk kes terowong walaupun ada 6 kertas siasatan SPRM yang telah disiapkan
  • tarik balik laporan polis yang dibuat atas syor RCI BNM Forex RM32 bilion (nilai RM100 bilion sekarang) dan mengklasifikasikan kes itu sebagai “No Further Action”

Ramkarpal mungkin kesal tapi saya rasa boss dia Guan Eng tentu tak kesal sebab kes-kes mahkamah dia digugurkan separuh jalan supaya dia boleh rasa jadi Menteri Kewayangan untuk tipu Rakyat.


Facebook Najib Razak
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157436241055952

Rujukan:
https://pakdin.my/kamulah-punca-sistem-negara-ini-rosak-kata-ramkarpal-kepada-mahathir/

UTAMANAJIB RAZAKDah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium