Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim, meninggal dunia pada usia 38 tahun - pakdin.my

BANDAR SERI BEGAWAN: Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada usia 38 tahun, menurut Agensi Berita Xinhua.

Pemergiannya juga diumumkan dalam satu catatan di laman media sosial Instagram @bruneiroyalfamily.

“Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi.”

Pemakamannya dijalankan selepas solat Asar, kata pengumuman tersebut.

Sehubungan itu, Brunei berkabung selama tujuh hari.

Dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982, Putera Haji ‘Abdul’ Azim, 38 tahun merupakan putera kedua Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Kenyataan dari pejabat Sultan Brunei tidak menyatakan punca kematiannya.

– BERNAMA/SU/ha

UTAMADUNIAAnak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim, meninggal dunia pada usia 38 tahun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium